5 Kesan Berbahaya Menjemur Pakaian Basah Di Dalam Rumah ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 1 June 2017

5 Kesan Berbahaya Menjemur Pakaian Basah Di Dalam Rumah

5 Bahaya Bila Menyidai Baju Basah Di Dalam Rumah

Tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan?

Ini merupakan beberapa sebab yang menyatakan kenapa jemur kain di dalam rumah tidak elok dari segi kesihatan.

5 Keburukkan Menjemur Kain Dalam Rumah Ketika Musim Hujan:

1. Boleh Menyebabkan Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain.

Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • FOREVER ALONE LEVEL BERAPA NI ??
    10.03.2012 - 0 Comments
    trololol
  • Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM
    13.09.2012 - 0 Comments
    Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai…
  • COOL !! Nenek belajar Karate kerana bimbang dirogol
    09.03.2012 - 2 Comments
    PADA usia 60, 80 atau mungkin 100 tahun, wanita generasi warga emas Karateka di Korogocho gigih…
  • Bagaimana Pelaburan Emas boleh buatkan anda jadi lebih kaya ??
    10.02.2012 - 0 Comments
    Hello guys,Harini Hann nak kongsikan tentang pelaburan emas,ianya sangat2 berguna untuk anda semua so…
  • iPhone 6 & 6 Plus Sah Masuk Malaysia 7 November Ini
    22.10.2014 - 0 Comments
    iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November ini. Syarikat telekomunikasi DiGi…