Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan ~ Bila Han Bercerita

Friday, 2 June 2017

Bayi Ini Sudah Mampu Berjalan Selepas Beberapa Minit Dilahirkan

bayi berdiri dan berjalan

BAYI yang baru dilahirkan di Brazil ini mengejutkan jururawat dan bidan di sebuah hospital kerana mampu ‘berjalan’ ketika mahu dimandikan buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial Jumaat lalu, tidak dapat dipastikan di hopital mana bayi perempuan berkenaan dilahirkan namun berdasarkan pakaian seragam bidan itu, ia dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, selatan Brazil.

Bayi biasanya mengambil masa beberapa bulan untuk berdiri dengan sokongan orang dewasa dan antara sembilan hingga setahun untuk berjalan.

Dalam video itu, bidan berkenaan ternyata terperanjat dengan kemampuan bayi yang baru beberapa minit dilahirkan mahu berjalan sendiri.

Bidan itu bercakap dalam bahasa Portugis: “Oh, ‘budak perempuan’ ini berjalan.”

Seorang lagi berkata: “Tunggu, biar saya rakam ini.”

Bidan dalam video itu menjelaskan dia mahu memandikan bayi berkenaan namun bayi itu mahu berdiri dan berjalan.

“Saya mahu memandikannya, dia asyik berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya.

Menurut Daily Mail, video itu sudah ditonton lebih 50 juta kali dan dikongsi 1.3 juta kali di Facebook.



sumber

Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. Watch Betway: Sports Betting and Casino on YouTube
    We're happy to announce that Betway is the world's leading online sports youtube mp3 betting operator. The UK-based company is known for providing the best

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia
    29.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat…
  • Kisah Hidup Kim DotCom, Pengasas Megaupload
    31.01.2012 - 1 Comments
    Lelaki yang lahir di Kiel, Jerman ini dibesarkan dengan nama Kim Schmitz. Lebih 10 tahun lalu dia…
  • Reality of MySpace, Facebook and Google+
    19.02.2012 - 0 Comments
    Hey u all Korang mesti dah tahu semua social network yang ada sekarang ni kan? Korang semua mesti lebih…
  • Keputusan SPM 2014 akan dikeluarkan pada 3 Mac ini
    19.02.2015 - 0 Comments
    PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan diumumkan pada 3 Mac ini, kata…
  • Kanak-Kanak Perempuan berusia 8 Tahun Mati Pada Malam Pertama
    14.11.2014 - 0 Comments
    Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal…