Bila Han Bercerita: family
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, 6 May 2017

5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah


5 Cara Tangani Suami Baran,Fahamkan Juga Kenapa Dia Jadi Pemarah, panas baran, overcome, be cool husband,

Suami pemarah ini sebenarnya bahaya dalam perhubungan suami isteri. Kalau tak ditangani dengan baik boleh merosakkan sebuah hubungan yang tenang. Ini panduan menghadapi suami yang tak boleh kawal emosi.

1.    Elak Berdebat

Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda pada saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja, malah boleh mengundang padah apabila suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar isteri sendiri. Akibatnya, isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaik-baiknya dalam situasi ini, anda perlu mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya terlebih dahulu.

2.    Gaya Bicara Halus

Langkah terbaik adalah mengajaknya berbincang untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan ketika amarahnya mulai reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya stabil. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja atau pun ketika menonton bersama.

3.    Jangan Menyindir

Salah satu aspek positif yang ada pada suami panas baran atau pemarah adalah sikap suka berterus terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka atau tidak. Sayangnya, cara mereka mengungkapkannya lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi, elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4.    Perbaiki Diri

Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami. Walau anda mengalirkan air mata, si suami yang pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya. Lebih buruk lagi, mereka tidak berasa bersalah walau sedikit pun.

5.    Fahami Latar Belakang Suami

Cuba fahami latar belakang suami. Individu yang memiliki sifat temperamental biasanya mudah terpancing kemarahannya dengan situasi atau keadaan di luar keinginannya. Hanya kerana tersilap kata atau nada suara yang salah, boleh mengundang kepada pertengkaran.

Menurut penulis buku ’The Complete Idiot’s Guide To Body Language’, Dr Peter Anderson, sifat pemarah atau pun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga yang mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.


sumber

P/s: ini perkongsian sahaja bagaimana mengatasi, kot angin ribut tiba2 melanda, si isteri boleh menduga dan tahu apa yang perlu dilakukan. Buat para suami yang tahu anda seorang yang baran, cuba la kawal emosi dan fikir kesannya. Apa pun toleransi penting dalam perhubungan kekeluargaan.


Share:

Saturday, 15 April 2017

Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu

Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu


Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak perempuan mahupun lelaki.

Namun, ada pula yang mengharapkan mempunyai anak kembar kerana anak kembar dianggap lucu dan menyenangkan. Tapi seperti yang kita ketahui, peluang untuk memiliki anak kembar tidaklah tinggi.

Hanya orang-orang tertentu dan beruntung sahaja yang mampu mendapatkan anak kembar.

Walaupun demikian, bukan bererti impian para pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak kembar terus musnah.

Ada pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kemungkinan ini.

Salah satunya adalah dengan makan makanan berasaskan ubi kayu.

Makanan berasaskan ubi kayu dipercayai mampu meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar sehingga 50%.

Hal ini kerana ubi kayu mengeluarkan hormon GnRH. Hormon GnRH ini mampu menipu otak menganggap kurangnya estrogen dalam tubuh.

Otak akan mengeluarkan gonadotropin yang mampu meningkatkan ovulasi, memetik portal TribunStyle.com.

Bukan hanya ubi kayu, makanan seperti olahan susu untuk diet, makanan mengandungi folat, inti buah nanas dan kekacang juga dipercayai mampu meningkatkan kemungkinan hamil bayi kembar.




Share:

Wednesday, 12 April 2017

Tips Bangkitkan Naluri Isteri Pemalu

Tips Bangkitkan Naluri Isteri Pemalu, panduan kahwin

Lumrah bagi seorang wanita muda sifat pemalu sudah terjalin di dalam diri kesan asuhan kesantunan yang diberikan ibu bapa semenjak kecil. Lantas sifat itu terbawa-bawa ke alam rumah tangga terutama pada peringkat awal kehidupan berdua.

Bagi si suami janganlah kecewa menghadapi situasi isteri yang 'malu-malu kucing' ini. Yang penting anda mesti memahami keadaannya sambil berusaha membuang malu serta membangkit nalurinya terutama pada saat intim anda berdua.

1. Bila kali terakhir anda menghubungi isteri di tempat kerja hanya untuk memberitahu bahawa anda tidak sabar menanti kehadiran malam untuk bersamanya? Jika anda susah untuk melakukannya atau langsung tidak pernah melakukannya, anda seharusnya berubah dan cuba melakukannya bermula hari ini. Cara anda menunjukkan keinginan seks membuatkan si dia rasa terangsang dan bersemangat.

2. Jika anda tidak pernah berbicara tentang seks dengan isteri anda, inilah masa terbaik untuk anda memulakannya. Bincangkan apa yang anda mahukan daripada perhubungan intim dengan pasangan dan cuba tanya apa yang diinginkan pasangan anda. Jika isteri anda seorang yang pemalu dan enggan bercerita tentang keinginan seksnya secara terbuka , anda seharusnya cuba bertanya dengan cara yang lebih santai seperti bergurau. Walaupun cara anda bertanya nampak tidak bersungguh-sungguh dan sekadar untuk mencuit perasaannya, tetapi si dia tahu apa yang anda maksudkan.

3. Jika isteri anda malu, sering berselindung, enggan bertindak keterlaluan atau enggan menunjukkan perasaan atau keghairahan sebenar, anda perlu bijak menterjemah kehendak isteri anda melalui perlakuan, sentuhan, kata-kata atau apa jua tanda yang terlihat pada tubuh dan wajahnya. Jika anda mendapati si dia punya rasa malu terhadap dirinya sendiri kerana kelemahan pada tubuh, cuba tingkatkan pujian dengan ikhlas dan bersahaja. Sekurang-kurangnya pujian anda membuatkan si dia bersemangat untik memadamkan rasa malu dan seterusnya berusaha mencapai kenikmatan bersama.

4. Cuba goda isteri anda menerusi kata-kata romantis. Tidak semestinya ia dilakukan di atas ranjang sebaliknya anda juga boleh melakukan di mana sahaja, ketika menonton televisyen atau di mana sahaja sekali pun, anda perlu mencuba dan terus menggodanya. Tetapi awas, anda tidak seharusnya berharap godaan semata-mata untuk membawa si isteri ke atas ranjang.

5. Beri ciuman penuh ghairah dan menggoda. Tunjukkan kasih sayang dan keikhlasan anda mencintainya. Biarkan bibir dan lidah anda ‘memberitahu’ cinta dan keghairahan anda terhadapnya.

6. Apabila bersama, cuba kenali bahagian tubuh isteri yang paling sensitif dan mainkan peranan anda agar si isteri mencapai kemuncak. Bagi sesetengah wanita, titik ghairahnya bukan sahaja terletak di bahagian sulitnya sebaliknya setiap bahagian tubuhnya punya sensitiviti tersendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari dan terus mencari.

7. Jangan beri tekanan kepada isteri jika si dia gagal mencapai kemuncak setiap kali bersama. Tekanan hanya membuatkan isteri bertambah kecewa dan kurang bersemangat untuk mencari titik kemuncak kepuasannya setiap kali bersama. Sebaliknya cuba beri rangsangan dan semangat kepadanya dengan teknik yang disukainya yang boleh membantu si dia mengecapi nikmat sebenar.


sumber



Share:

Monday, 9 May 2016

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
Gambar Hiasan


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.

Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.

"Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal," ujarnya.

Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.

"Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah," katanya.

Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.

"Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,"kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang  tindakan.

"Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat," kata seorang pengguna.

sumber


Share:

Saturday, 13 December 2014

WAJIB BACA !! 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng –Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Peti kan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)




Share:

Thursday, 5 December 2013

Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Petua Untuk Bakal Pengantin  Menghadapi Debaran Malam Pertama


a. Malam pertama adalah malam yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baharu. Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda, khususnya gadis, ada juga belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama.

b. Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama dengan penuh nikmat.

Ada beberapa perkara harus diberi perhatian, seperti berikut:

1. Persiapan Fizikal - Sudah siap-sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama, khususnya kaum wanita? Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal untuk persiapan hari perkahwinan. Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan ’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

2. Persiapan Mental - Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baharu. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

3. Ilmu Perlu Ada - Hubungan suami isteri bagi pengantin baharu adalah bidang baharu yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai, anda hanya mendengar, kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.
Jadi, sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

4. Kenalpasti Bahagian Tubuh Yang Sensitif - Apakah anda sudah tahu tentang ‘errogenous zone’ (bahagian tubuh yg sensitif terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

5. Jangan Makan Berlebihan - Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak, akan terjadi sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

6. Tinggalkan Kenangan Yang Indah - Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib, supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.

sumber


Share:

Monday, 27 August 2012

Petua Melayan Suami

Ini merupakan pendapat peribadi seorang penasihat kepada bakal isteri atau wanita yang sudah berkahwin kearah menjadi wanita yang dikasihi suami

Petua Melayan Suami, cara layan suami, cara buat suami gembira, cara bahagiakan suami,

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

sumber pakar nasihat perkahwinan

Share:

Tuesday, 7 August 2012

(Iktibar)Koleksi hadis buat bakal isteri


(Iktibar)Koleksi hadis buat bakal isteri


Sumber sepenuhnya dimiliki oleh blog ahmadfaried,dan diambil tanpa pengubahsuaian.wallahualam mengenai kesahihan hadis ini.walaubagaiman pon diharap ianya mampu memberi peringatan atau iktibar buat bakal isteri atau isteri untuk mentaati suami :)

Abdullah bin Amr ra. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa saja wanita yang berwajah muram dihadapan suaminya, tidak ada lain kecuali Allah akan menghitamkan wajahnya dihari kiamat kelak, kecuali ia mahu bertaubat dan kembali taat kepada suaminya."

Abu Ubaidah bin Al-Jarrah berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Siapa saja yang menyebabkan kemarahan suaminya, sedangkan dia itu dhalim (salah) atau marah terhadap suaminya, maka Allah ta'ala tidak akan menerima amal fardhunya atau amal sunahnya."

Abgullah bin Mas'ud ra. berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah swt. melaknati perempuan-perempuan yang mengulur-ngulur waktu. Ditanyakan, 'siapakah perempuan yang mengulur-ngulur waktu itu wahai Rasulullah?'. Beliau menjawab, 'ia adalah perempuan yang diajak suaminya tidur ditempat tidur, kemudian dia mengulur-ngulur waktu untuk tidur bersamanya dan sibuk dengan urusan lain, sehingga suami tertidur.'"

Abu Hurairah ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita-wanita manapun yang memandang suaminya dan dia tidak tersenyum, maka sesungguhnya dia tidak akan melihat surga selamanya, kecuali dia bertaubat dan menyadarinya hingga suaminya meridhainya."

Salman Al-Farisi ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Wanita -wanita manapun menggunakan wangi-wangian dan berhias diri, kemudian keluar dari rumahnya, maka pasti dia keluar bersama murka Allah swt. dan kebencianNya, sehingga dia kembali kerumahnya."

Bilal bin Humamah ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Wanita manapun yang melakukan shalat dan puasa tanpa seijin suaminya, maka pahala shalat dan puasa itu bagi suami dan baginya dosa."

Sahabat Bilal berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita manapun menjadikan suaminya marah, maka Allah swt. tidak akan menerima shalat dan puasanya, kecuali dia bertaubat dan menyadari kesalahan dari dirinya".

Abu Darda' berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Wanita manapun membuka rahasia suaminya, maka kelak pada hari kiamat Allah swt. akan menghinakannya didepan para mahluk, demikian pula ketika didunia, sebelum di akhirat."

Abbas bin Abdul Muththalib ra. berkata, "Saya mendengar Rasulullah bersabda: Saya diperlihatkan neraka, maka saya melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. Hal yang demikian itu tidak akan terjadi kecuali mereka (wanita) banyak berdosa terhadap suami-suaminya."


Share:

Tuesday, 24 July 2012

Patutkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin ??

Patutkah Suami Menemani Isteri Ketika Bersalin

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?
Share:

Saturday, 14 July 2012

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )


Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini dikongsikan untuk renungan kita bersama.

1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata, "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!" Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. CABUL

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertu.

3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap.

4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot. Suami d pejabat pula duk nampak y aje. Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi bila kat rumah tak mekap pun.

5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit duk telefon suami kat pejabat. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan.

6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat dan tak mengira waktu.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai ketika menjaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak duk lepak depan tv lagi.

7C ini melambangkan keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi hingga ke peringkat PhD pun, belum tentu tinggi akhlaknya.Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai. Ada masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu.
Share:

Tuesday, 22 May 2012

SUAMI ROMANTIS SEMAKIN BERKURANG?? BETUL KE? JOM BACA NI

SUAMI ROMANTIS SEMAKIN BERKURANG?? BETUL KE? JOM BACA NI, tips suami penyayang, jadi lelaki romantik, lelaki macho


Ramai isteri yang inginkan suami yang romantis menjadi pendamping mereka seumur hidup. Suami sebegini membuat diri rasa dihargai dan dicintai sepenuh hati. Namu hari ini isteri perlu berpijak di bumi yang nyata. Tidak ramai suami sebegini wujud di dunia ini. Jadi bertuahlah wanita yang memilikinya.

Panduan Mudah untuk para SUAMI meraih gelaran ini.

1. PANGGILLAH SAYANG.
- Elakkan panggilan 'ibu','mama','maknya' pada isteri selepas berumahtangga dan memiliki anak. Kekalkan panggilan 'sayang' seperti yang pernah anda lakukan sewaktu bercinta dulu. Panggilan keramat ini cukup ingin didengari oleh isteri kerana ia mampu membuatkan hati isteri bergetar.

2. BERPIMPIN TANGAN.
- Ada sesetengah suami merasakan menggenggam tangan isteri ketika berjalan sudah tidak relevan bila sudah lama berkahwin. Tapi tahukan anda seorang isteri sangat berasa bangga bila anda memimpin tangannya tatkala berjalan berdua.Berjalan berdua sambil berpimpin tangan menandakan bahawa kasih suami masih mekar sama seperti dulu.

3. UNGKAPAN CINTA.
- "Abang cintakan sayang", kalimat ini mungkin tinggal kenangan buat seorang isteri. Ia hanya didengari hanya sewaktu bercinta. Oleh itu tukarlah persepsi isteri ini, lafazkanlah kembali ungkapan keramat ini kembali. Sekali sekala isteri mahu mengetahui adakah suami mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya seperti dulu.

4. BERIKAN KUCUPAN SPONTAN.
- Saat romantis ketika bercinta sudah lama berlalu, perkahwinan sudah mencecah belasan tahun namun hati wanita tetap sama. Mereka mahukan perhatian dan kasih sayang. Ciuman sebegini akan menjelmakan perasaan yang hadir sewaktu bercinta dulu. Mungkin tatkala isteri sedang menyediakan makan malam didapur. Meskipun bibirnya hanya mampu tersenyum tapi hati isteri sebenarnya berteriak gembira.

4. PUJIAN DIRINYA.
- Berapa pun usia atau apa pun kerjayanya tapi jika dia seorang wanita maka yang tetap diperlukan adalah pujian dari pasangannya. Pujian mudah seperti "Sayang nampak cantik hari ini" bakal menceriakan hari seorang isteri. Mungkin kekok pada mulanya tapi tiada salahnya anda memulakannya untuk menambahkan rasa cinta dari isteri.

5. HANTARKAN SMS CINTA.
- Bagi suami yang agak kekok untuk melafazkan kalimat cinta secara terus terang, boleh saja meluahkannya melalui SMS ataupun melalui email. Tidak kisah apa caranya pun asalkan suami menunjukkan sifat kecintaannya, seorang isteri akan cukup bahagia.

6. BERIKAN HADIAH.
- Walau betapa berdikari pun seorang wanita, dirinya pasti mendambakan perhatian romantis. Dia tetap mengharapkan hadiah istimewa daripada suaminya walau sekadar sehelai selendang. Hadiah ini akan membuatkan hati isteri berbunga dan gembira dirinya dihargai.

7. PANGGILAN TELEFON.
- Panggilan telefon disaat suami sedang sibuk dan stress mampu mengikat hati seorang isteri. Panggilan telefon tanpa dijangka dan ungkapan bertanya keadaan isteri akan membuatkan isteri rasa dihargai selain merasakan dirinya mempunyai tempat yang besar di hati suami.

8. KEJUTAN.
- Setelah berumahtangga tak mungkin ada lelaki lain yang mahu membuat kejutan pada dirinya. Maka wajarlah suami melaksanakannya untuk si isteri. Kejutan seperti ajakan menginap di hotel, menonton wayang bersama akan menyemarakan lagi kasih sayang isteri terhadap suaminya.

Sebenarnya menjadi suami yang romantis bukanlah sesukar mana. Tak perlu pun modal yang besar, sekadar kata-kata dan tingkah laku yang berpadanan sudah layak untuk anda digelar suami romantis.


sumber



Share:

Saturday, 3 March 2012

Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ?

Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ?


Siapakah Lelaki Yang Dayus Menurut Islam ?

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)..

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi bersabda : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan hiburan seperti, mentor, gang starz dan lain-lain sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, alasannya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Wallahu a'lam...

By:Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Share:

Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?

Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?


Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah?

Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang.

“Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.

Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:

Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu.

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Dipetik dari kitab An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini al-Hadhrami as-Syafie

-facebook-
Share:

Isteri Yang Bakal Masuk Neraka

Isteri Yang Bakal Masuk Neraka


Isteri Yang Bakal Masuk Neraka

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah


P/s :sumber-facebook kalau ada kesilapan ke apa tolong perbetulkan.ni COPYPASTE dari fesbuk je.sama2 la kita beringat duhai manusia.terutama wanita :)
Share:

Sunday, 26 February 2012

WAJIB TAHU !! 10 petanda BF/GF anda adalah jodoh untuk anda


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Share:

Saturday, 25 February 2012

Jangan Kahwini Perempuan Yang Ada Sifat Ini

tips cari isteri


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:



Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.



Sumber http://edisikini.com/jangan-kahwini-perempuan-yang-ada-sifat-ini/#ixzz1nN7LL676
Share:

Thursday, 23 February 2012

BERCINTA BIAR KERANA ALLAH S.W.T.

BERCINTA BIAR KERANA ALLAH S.W.T.


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhluk-Nya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.

Oleh itu, adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Menurut Syeikh al-Kubrawiyyah, asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

"Pasti mendapat kecintaan-Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana-Ku, dua orang yang duduk bersama-sama kerana-Ku, dua orang kunjung-mengunjungi kerana-Ku, dan dua orang yang tolong menolong kerana-Ku."

Firman-Nya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud: 

"Mana dia orang yang bercinta kerana keagungan-Ku? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naugan-Ku, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naungan-Ku."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: 

"Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa."
(Az-Zukhruf:67)

CahayaIslam.net
Share:

Wednesday, 22 February 2012

Soal Jawab Agama : Isteri Mempunyai Perasaan Seks Yg Kuat. Apa tanggungjawab suami?

Soal Jawab Agama : Isteri Mempunyai Perasaan Seks Yg Kuat. Apa tanggungjawab suami?



Soalan:
Saya mempunyai perasaan seks yang agak kuat. Saya selalu terasa ingin mengadakan hubungan tersebut. Malangnya suami saya kurang memahami, dingin dan hambar. Dia selalu menjarak tempoh hubungan seks kami. Apakah hanya isteri yang wajib melayan kehendak suami, bagaimana dengan suami pula?


Jawapan:
Para ulama memberikan berbagai pendapat tentang jarak waktu paling kurang bagi hubungan seks yang wajib dilakukan oleh seorang suami. Berbagai pendapat telah diberikan.
Namun pendapat yang terbaik ialah apa yang nyatakan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( wafat 728H) iaitu : suami wajib menyutubuhi isteri dengan kadar keperluan seseorang isteri. Ini adalah pendapat yang tepat. Persetubuhan antara lain bertujuan memelihara kehendak nafsu agar tidak melakukan sesuatu yang menyanggahi syarak. Suami hendaklah sedar kewajipan ini. (sesiapa yang inginkan pendetilan masalah ini lihat al-Mufassal fi Ahkam al-Marah oleh ‘Abd al-Karim Zaidan).
Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

sumber


Share:

Saturday, 11 February 2012

Tips Dan Panduan Memilih Jodoh

Tips Dan Panduan Memilih Jodoh


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.

Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.

Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih. Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.

Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.

Dalam banyak-banyak penulisan, saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust. Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.

Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS.

Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa Tujuan Berumahtangga?

“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.

Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell..

“Aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku.”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.

Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?

Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?

Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.

Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.

Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?

Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.

Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama.. Nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

Penyakit “Tidak Jelas”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.

Hanya ‘Beragama’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.

Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.

Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.

Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.

Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.

Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

pakarcinta.com
Share:

Monday, 30 January 2012

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa


info pasangan baru kahwin, tips kahwin muda

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.



5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.


8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Artikel iluvislam.com
Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...