Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat ~ Bila Han Bercerita

Monday, 9 May 2016

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat

Isteri tuntut cerai kerana suami tidak solat
Gambar Hiasan


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang wanita Arab Saudi menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak patuh menunaikan suruhan Islam.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam), lapor al-Marsad.

Laporan berita itu, sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.

Seorang pengguna media yang dikenali sebagai Reem menyokong tindakan wanita tersebut.

"Islam sangat jelas tentang kewajipan solat. Wanita ini jelas tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang muslim, dan perkara yang terbaik adalah untuk menamatkan perkahwinan pada peringkat yang paling awal," ujarnya.

Sementara menurut seorang lagi, Khaled pula berkata wanita itu bertindak betul dengan meminta supaya diceraikan.

"Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah," katanya.

Sementara bagi mereka yang menentang tindakan wanita itu berkata, wanita itu mengambil tidakan yang terlalu awal dan bersikap terburu-buru.

"Dia (wanita) itu tidak boleh terlalu tergesa-gesa, dia perlu bertimbang rasa sebelum meminta diceraikan,"kata seorang pelayar.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi pelayar mengatakan wanita itu perlu bersabar terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang  tindakan.

"Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat," kata seorang pengguna.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! ANDY LAU BAKAL JADI RAKYAT MALAYSIA
    19.03.2012 - 0 Comments
    Malaysia Sedia Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR PETALING JAYA: Kehadiran penyanyi terkenal dan juga…
  • Pemandu Teksi Jujur Jumpa RM680ribu Dalam Teksi
    13.10.2012 - 0 Comments
    LAS VEGAS, Amerika Syarikat - Seorang pemandu teksi di sini, Adam Woldemarim diberi ganjaran sebanyak…
  • Sejarah Asal -Usul Tembok Besar China (The Great Wall)
    01.12.2012 - 0 Comments
    Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di…
  • Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais
    08.08.2012 - 0 Comments
    Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta…
  • Blog hannsays selalu redirect ke website shopping dan iklan ??
    29.08.2012 - 0 Comments
    interface lama blog hannsays Hello semua,harini ada sedikit keluhan.LOL..blog aku ni walaupon aku…