Bila Han Bercerita

Sunday, 28 October 2012

VIDEO : KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012


VIDEO KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012

Lebih 15 000 peminat tak berganjak walaupun ditimpa hujan seawal jam 8 malam demi menyaksikan kemunculan kumpulan K-pop bertaraf dunia, BigBang sempena konsert ‘Bigbang Alive Galaxy Tour’ di Stadium Merdeka, lewat malam tadi.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam setengah ini menyaksikan 4 anggota BigBang yang terdiri G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri menyampaikan lebih 20 buah lagu hit termasuk daripada album terbaru seperti Monster, Blue, Bad Boy, Fantastic Baby & Still Alive.

Pentas berskala besar yang menelan kos lebih RM3 juta ini turut dilengkapi dengan visual serta sistem bunyi yang mantap memberikan satu pengalaman yang amat bermakna buat kumpulan peminat BigBang yang digelarkan sebagai VIP.

mari kita saksikan video dibawah




P/s : gua minat TOP dengan Taeyang je.LOL

Share:

COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt


Robot Yang Boleh Berlari Lebih Laju Daripada Usain Bolt

The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta oleh tentera US dan Agensi Penyelidikan DARPA. Ia dikatakan mampu bergerak lebih kaju berbanding Usain Bolt.

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.

 The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.

The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.

"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.

"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Mari kita saksikan video dibawah pula



sumber

Share:

COOL : Google dedah pusat data


google data centers

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet.

Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang.

Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/ datacenters/gallery/.

Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium.

Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile

Google dedah pusat data

Google dedah pusat data

Google dedah pusat data

Google dedah pusat data




sumber

Share:

Saturday, 27 October 2012

COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari


Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari

LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

sumber

P/s :waa.cari najis musang je dapat  rm700 sehari..ngehehe

Share:

Miera Leyana Suka Lelaki Berbadan Sasa

Miera Leyana Suka Lelaki Berbadan Sasa


Pelakon muda Miera Leyana mengakui dia seorang wanita yang mudah terpikat dengan lelaki yang berbadan sasa serta memiliki wajah 'macho'.

Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, 19, berkata karakternya yang periang akan terus berubah menjadi pemalu dan mula berlagak sopan apabila berdepan dengan lelaki yang mempunyai kriteria tersebut.

"Dari dulu lagi saya suka lelaki yang mempunyai badan sasa dan kacak, buatkan hati saya mudah cair. Contoh terdekat ialah Aaron Aziz, Henry Golding dan Adi Putra.

"Apabila berjumpa dengan mereka, secara automatik karakter saya berubah menjadi wanita yang sopan.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya akan mudah jatuh cinta walaupun lelaki tersebut sudah cukup kriteria pada pandangan mata saya," katanya.

Tambah gadis kelahiran Johor Bahru, Johor itu, dia berharap, kriteria yang ditekankan itu tidak akan mengaburi matanya sehingga tidak sedar bahawa dirinya sedang dipermainkan.

Sementara itu, pelakon jelita ini bersyukur apabila dia berjaya meraih populariti dalam jangka masa yang singkat iaitu tiga tahun dan ia menunjukkan dirinya semakin stabil dalam industri lakonan tanah air meskipun belum memenangi sebarang anugerah pengiktirafan.

Kestabilan karier lakonannya itu membuatkan dia mula berfikir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.

"Sepatutnya, selepas tamat sekolah, saya perlu melanjutkan pelajaran, namun atas sebab kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan hasrat itu ditangguh.

"Dan sekarang inilah masanya, menyambung pengajian untuk mencapai impian sebagai seorang peguam.

"Tetapi saya tetap akan meneruskan perjalanan karier sebagai seorang anak seni," tuturnya.

Terbaru, Miera bakal menemui penonton menerusi drama Putera Rayyan pada 31 Oktober ini. Ia disiarkan setiap hari Selasa dan Rabu pukul 10.30 malam serta Khamis (9.30 malam).

Selain itu, Miera juga teruja dan berdebar apabila masih menanti enam buah filem lakonannya iaitu Pencinta, Pecah, Apokalips, Lebuhraya Ke Neraka dan Dendam Orang Mati yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

"Harap-harap, hasil kerja keras saya dapat dilihat menerusi enam filem yang akan ditayangkan pada tahun depan dan ia bakal menunjukkan sejauh mana penerimaan penonton terhadap lakonan saya di layar perak. Risau juga dibuatnya," kata Miera.

sumber

P/s: kah3.gua malas nak komen.haha..nak sasa2 ye..ngehehe.

Share:

Friday, 26 October 2012

Oh! Malaysia diambang jadi pengeluar kondom utama dunia


Oh! Malaysia diambang jadi pengeluar kondom utama dunia

Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir.

sumber


P/s :bukan ke negara kita negara rasmi islam.??kenapa semua ini berlaku.tidakkah ianya sedikit sebanyak mencemarakan imej "negara islam".




Share:

GILA : Lelaki Ini Terlupa Dimana Dia Parking Kereta Selama 2 Tahun

Lelaki Ini Terlupa Dimana Dia Parking Kereta Selama 2 Tahun

Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia parkir. Setelah minum-minum pada suatu malam bulan Disember 2010 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil keesokan harinya, pemilik kenderaan tersebut melaporkan keretanya hilang kepada polis Munich.

Pihak polis menemukannya bulan lalu setelah polis lalu lintas melihat road tax kereta itu sudah habis tempohnya. Polis menemui kereta itu 4 km dari tempat dimana lelaki berumur 33 tahun itu rasa adalah tempat sebenar keretanya diparkir.

“Anehnya letaknya terlalu jauh, meskipun si pemilik yakin dimana dia meninggalkannya,” ujar jurucakap polis Alexander Lorenz. Di dalam kereta tersebut terdapat peralatan mahal seperti mesin gerudi dan pemutar skru elektrik.

sumber

P/s :fuh.kritikal neh..2 tahun kot.lame tu.hehe.aduyai.

Share:

7 Produk Import Thailand Mempunyai DNA Babi


7 Produk Import Thailand Mempunyai DNA Babi

Pihak Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mengesahkan tujuh produk sejuk beku dipercayai dibawa masuk dari Thailand serta dijual di pasaran tempatan khususnya di wilayah utara mengandungi DNA babi.
Antara produk yang tersenarai, tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong, sepit ketam tiruan, bebola ikan berperisa, produk hasil laut dan jejari ikan jenama PFP keluaran Pacific Fish Processing Limited.
Tidak terkecuali produk lain seperti, kaki ketam tiruan jenama A-Roy Mark dikilangkan Smile Heart Food Company Limited (Smile Heart) turut disahkan mengandungi DNA babi.

Mengikut laporan, ini  merupakan kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011,” kata Mohd Sokri Hussin, Pengarah JAIPs.

Difahamkan juga, produk sejuk beku keluaran dua syarikat berpangkalan di Thailand itu dibawa masuk secara haram dari negara jiran berkenaan, kebanyakannya dibeli peruncit termasuk penjaja kecil sebelum dijual di pasaran tempatan terutama di pasar malam atau gerai tepi jalan.

Berikutan harga yang murah, produk terbabit dikatakan mendapat sambutan  berbanding produk yang mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam negeri.
Menurut Pengarah JAIPs, Mohd Sokri Hussin, perkara itu terbongkar selepas pihak berkuasa di sempadan termasuk Jabatan Kesihatan Perlis merampas produk sejuk beku dibawa masuk secara haram sebelum mengambil sampel untuk diuji kandungannya.

“Sejak tahun lalu, kita mengesan empat kes membabitkan produk sejuk beku tidak halal dari Thailand dibawa masuk ke negara ini. Ia termasuk kes pertama membabitkan sosej pulut, disusuli tauhu ikan, sosej ketam bersalut sotong dan sepit ketam tiruan yang disahkan mengandungi DNA babi pada Ogos 2011.

“Sementara itu, bebola ikan berperisa, produk hasil laut, jejari ikan filamen dan kaki ketam tiruan dikesan Mei dan September lalu. JAIPs sudah melakukan hebahan termasuk menerusi khutbah Jumaat di seluruh negeri selain menasihatkan umat Islam mengelak membeli produk sejuk beku dari Thailand tanpa sijil halal.

“Malah, kita turut menasihatkan peruncit termasuk peniaga pasar malam supaya tidak membeli produk sejuk beku Thailand yang tidak halal serta tiada kelulusan Kementerian Kesihatan kerana dibimbangi memudaratkan orang ramai selain menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,” katanya.

Apa yang lebih memeranjatkan, katanya, ada sebahagian produk sejuk beku yang dirampas itu turut memiliki logo halal dari Thailand yang dikhuatiri mengelirukan umat Islam di negara ini.

sumber

P/s : berhati2 la ek.dulu duk thai pon macm2 benda boleh jumpa jual tepi jalan.macam pasar malam siap jual cacing,cengkerik..boikot ramai2 produk yang telah dihilightkan.LOL

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...