COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 28 October 2012

COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt


Robot Yang Boleh Berlari Lebih Laju Daripada Usain Bolt

The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta oleh tentera US dan Agensi Penyelidikan DARPA. Ia dikatakan mampu bergerak lebih kaju berbanding Usain Bolt.

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.

 The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.

The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.

"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.

"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt

Mari kita saksikan video dibawah pula



sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Filem Steve Jobs Bakal Dikeluarkan Dan Penggambaran Di Garaj Usang, Pejabat Pertama Apple
    02.07.2012 - 0 Comments
    Ketika masa muda, Steve Jobs dan Steve Wozniak telah mengasakan Apple di garaj bersebelahan rumah…
  • [Fakta] Khidmat Mengepos Kanak-Kanak Pernah Dibenarkan Pada Tahun 1913
    09.04.2017 - 0 Comments
    Apabila khidmat menghantar bungkusan domestik diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1913, rakyat…
  • Iceland buka muzium zakar terbesar dunia
    20.11.2016 - 0 Comments
    REYKJAVIK, Iceland: Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan…
  • GILA !! Murid Didenda makan cili padi dan tidak diberikan air
    26.04.2012 - 0 Comments
    IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah…
  • Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b
    28.07.2012 - 0 Comments
    NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya…