COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 27 October 2012

COOL : Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari


Kutip najis musang dapat RM704.83 sehari

LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.

Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.

Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).

Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.

Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

sumber

P/s :waa.cari najis musang je dapat  rm700 sehari..ngehehe

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000
    03.08.2012 - 0 Comments
    Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk…
  • COOL !! Ini dia gudang emas padu, mengandungi 4.600 tan emas murni!!
    22.02.2012 - 0 Comments
    Harta karun? Di dalam gudang ini tersimpan 4.600 tan emas murni atau logam mulia. Emas-emas batangan itu…
  • COOL !! Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta
    24.03.2012 - 0 Comments
    SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah…
  • GEMPAR !! Fosil dinosaur ditemui di Australia
    08.05.2012 - 0 Comments
    FITZGERALD memegang fosil dinosaur ceratosaur di Melbourne semalam. SYDNEY - Sekumpulan saintis semalam…
  • (Video) Kacau Isteri Petinju, Sekumpulan Samseng Terima Padah
    22.11.2014 - 0 Comments
    SEORANG petinju profesional Rusia membelasah sekumpulan samseng selepas mereka mengganggu…