Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia ~ Bila Han Bercerita

Friday, 29 June 2012

Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia


Al Fatihah Osman Kering Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR – Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi Mynewshub.my mengesahkan berita kematian bapanya itu.

Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.

” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya.

Sebelum ini Mynewshub.my difahamkan yang kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung pelawak terkenal itu.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Man Laksa; Tentang Bulan; 9 September; Pontianak Menjerit dan Mr Cinderella.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…
  • Jutawan maut ditikam anak sendiri
    02.05.2012 - 1 Comments
    TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun,…
  • Inilah 5 Tandatangan Termahal Di Dunia
    22.11.2014 - 0 Comments
    Tandatangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita terutamanya untuk urusan bank, jual beli, insurans,…
  • Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang
    11.03.2012 - 0 Comments
    Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli…
  • Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz
    02.04.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2012: Nama Aaron Aziz yang semakin melonjak kini sudah pastinya menjadi perhatian…