WOW Disneyland akan dibina di Ipoh,Perak ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 7 June 2012

WOW Disneyland akan dibina di Ipoh,Perak

WOW Disneyland akan dibina di Ipoh,Perak


SEBUAH taman tema ala Disneyland akan dibina di Meru Raya, Ipoh, Perak bermula akhir tahun ini di kawasan seluas 20 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM506.7 juta menerusi kerjasama dengan syarikat pemaju taman tema terkemuka Australia.

Taman tema pertama seumpamanya di Malaysia itu terletak bersebelahan Plaza Tol Ipoh Utara di Lebuhraya Utara Selatan yang dibangunkan hasil kerjasama antara Perak Corporation Bhd (PCB), syarikat senaraian awam milik kerajaan Perak dengan Sanderson Project Development (Malaysia) Sdn Bhd (SPD). SPD adalah anak syarikat Sanderson Group Pty Ltd dari Australia yang terkenal dan berpengalaman mereka bentuk, membina serta mengendalikan destinasi pelancongan antarabangsa khususnya di Asia Pasifik seperti Universal Studio Singapura, Shanghai Disneyland Resort dan Happy Land Vietnam.


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, taman tema itu dijangka siap pada Disember 2014 dengan lima zon keriangan iaitu ‘fantasy forest’, ‘wacky world’, ‘pirates cove’, ‘lost canyon’ dan ‘pixel planet’, selain sebuah hotel dan dua pangsapuri untuk penginapan pengunjung.

“Selain menampilkan watak kartun popular diminati kanak-kanak dan remaja, ia juga menampilkan karakter tempatan seperti nenek kebayan serta pahlawan Melayu,” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan Hotel Casuarina@ Meru di Meru Raya, Ipoh, Perak.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PCB, Datuk Samsudin Hashim serta Pengarah Casuarina Hotel Management Sdn Bhd, Datuk Khamsiyah Yeop.


Sementara itu, hotel baru bertaraf butik bernilai RM80 juta itu dalam pembinaan dan bakal siap, Jun tahun depan, malah antara hotel terbesar di negeri ini yang mampu menampung sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya, hotel itu yang kini 20 peratus siap meliputi bangunan hotel setinggi 12 tingkat, dua bangunan komersial sembilan tingkat dan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE).


PCB memiliki Hotel Casuarina Ipoh di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, tetapi menjualnya kepada Impiana Hotel Ipoh Sdn Bhd membabitkan pertimbangan tunai RM44 juta pada 2009 dan kini dikenali sebagai Hotel Impiana Ipoh.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • FAKTA : Siapa Yang Mencipta GOOGLE
    16.03.2012 - 0 Comments
    Google Inc merupakan sebuah syarikat yang didagangkan secara umum. Saham mereka disenaraikan di Nasdaq…
  • Sistem Perbankan Islam Menindas?
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa bahawa banyak sistem perbankan Islam…
  • Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Akibat Diracun Penjenayah Selepas Gagalkan Cubaan Merompak
    15.05.2017 - 0 Comments
    Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan,…
  • The Fast And The Furious Tokyo Drift Full Movie
    05.06.2012 - 1 Comments
    **SORRY GUYS,the video has been banned from youtube due to copyrights :/ okay,,cite ni penah famous…
  • Kapal mewah ikut laluan Titanic
    09.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912. LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal…