Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton ~ Bila Han Bercerita

Monday, 4 June 2012

Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton




KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham.

Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham.

Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'.

Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.

Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu.

Antara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar.

Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu.

Akhbar The Star dan Harian Metro bertindak sebagai media rasmi.

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Nik Aziz : Anwar Tidak Menghormati Pas
    17.02.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk  Seri…
  • Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri
    14.03.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 12 MAC 2012: Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi…
  • Inilah Manusia Yang Paling Bersemangat Untuk Mendapatkan iPhone 5S
    15.09.2013 - 0 Comments
    Apple akan melancarkan iPhone 5S pada 20 September 2013 tetapi lelaki ini yang begitu semangat telah…
  • Shah Rukh Khan mampu menghisap 100 batang rokok sehari dan tekad mahu berubah
    26.02.2015 - 0 Comments
    Pelakon terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengambil langkah drastik apabila melibatkan diri dalam kempen…
  • Cara Syaitan Bogelkan Wanita
    11.05.2017 - 0 Comments
    Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha…