FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 21 June 2012

FAKTA : Bahaya Duduk Atas Dompet

Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Bahaya Duduk Atas Dompet


Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975
    03.11.2014 - 0 Comments
    Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia…
  • FAKTA : PENTINGNYA PEMANASAN BADAN SEBELUM BERSENAM
    18.03.2012 - 0 Comments
    Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan…
  • Keith Foo teruja tunang beri 'green light' beli Nissan GTR 35
    16.11.2014 - 0 Comments
    Pelakon kacak Keith Foo baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman…
  • 8 Tips Rambut Cepat Panjang dan Sihat
    30.04.2016 - 0 Comments
    Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan proses rambut menjadi panjang malah…
  • UMRAH MLM HARAM Pakej unsur gharar
    26.01.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan…