Murid tahun lima menang Proton Preve ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 8 August 2012

Murid tahun lima menang Proton Preve

Murid tahun lima menang Proton Preve

Nor Juliana Suhaila Sudirman (tiga dari kiri) bersama kereta Proton Preve yang dimenanginya pada Program Pemacuan i-Think di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, bapanya, Sudirman Mat Toufik (dua dari kiri), ibunya, Sarmila Saparuddin (kanan) dan adiknya, Nur Anisa Suhaila.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lui, Hulu Langat, Nor Juliana Suhaila Sudirman, 11, dipilih sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Proton Preve pada majlis kemuncak Program Pemacuan i-Think.

Menurut Nor Juliana Suhaila, dia tidak menyangka memperoleh hadiah yang begitu bermakna dan besar nilainya.

"Saya juga berpuas hati dapat mempelajari tentang lapan 'Peta Minda' i-Think yang sangat berguna dalam kemahiran berfikir tahap tinggi.

"Peta minda tersebut amat berfaedah dan dapat digunakan dalam pembelajarannya serta persediaan untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan,'' katanya selepas menerima replika kunci Proton Preve daripada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario pada majlis penghargaan majlis i-Think, di sini hari ini.

Program Pemacuan i-Think yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Mac lalu merupakan projek bersama Kementerian Pendidikan dan AIM.

Sebanyak 10 sekolah menjalankan projek perintis di bawah kendalian Unit Inovasi Khas (Unik) dan AIM. Kerajaan menyasarkan 1,000 lagi sekolah akan menerapkan sistem i-Think ini pada tahun depan manakala semua sekolah menjelang 2014.

Selain Nor Juliana Suhaila, pelajar tahun lima dari SK Seksyen 18, Shah Alam, Siti Nurhajar Mohd. Shukri dan guru SK Batu 9, Cheras, Suzilina Mohd. Sarom turut memenangi seunit iPad.

Ketiga-tiga pemenang tersebut adalah antara 140,000 pelajar daripada 390 buah sekolah dan 2,000 pengunjung komuniti berhampiran yang telah menghadiri program tersebut yang diadakan di 12 buah sekolah sejak Jun lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif, Eko-Sistem Pendidikan AIM, Eddie Razak berkata, program itu merupakan satu inisiatif untuk memperkenalkan kaedah dan metodologi berfikir dalam kalangan pelajar sekolah.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Dell Melancarkan Ophelia, Komputer Mini PC Dalam Saiz Flash Drive USB Pada Julai 2013
    11.06.2013 - 0 Comments
    Komputer peribadi dalam saiz sekecil flash drive dipanggil komputer mini diperkenalkan ke pasaran…
  • (5 Gambar) Kereta Terbakar Langgar Tong Gas Berterabur Atas Jalan
    15.11.2014 - 0 Comments
    KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan di atas jalan di KM…
  • PELIK GILA !! Diberi USD3000 kerana tangkap 4 juta ekor nyamuk
    01.04.2012 - 0 Comments
    Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar…
  • 15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam
    17.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih…
  • FAKTA WAJIB TAHU !!Nada dering telefon boleh lemahkan otak
    19.02.2012 - 0 Comments
    LONDON: Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih…