Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982) ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 5 August 2012

Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982)

Restoran McDonald's pertama di Malaysia

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

UPDATE** gambar mcd pertama di Malaysia boleh dilihat di>SINI<

Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.


Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Info tambahan:

*Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

*Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.

sumber

Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fakta : Enjin Roket Apollo F-1 Ditemui Di Dasar Laut Atlantik
    09.04.2017 - 0 Comments
    Sebuah projek bersejarah angkasa lepas yang diketuai dan dibiayai oleh pengasas Amazon.com, Jeff Bezos…
  • Iklan Gong Xi Fa Cai Dari BERNAS yang menyayat hati
    25.01.2012 - 0 Comments
    SUMBER
  • PERGH !! Apartmen Sempit Yang Mahal
    25.04.2012 - 0 Comments
    Nampak je sempit tapi.... Apartmen sempit ini boleh korang miliki jika korang ada RM 3.5 juta (GBP 546…
  • Fakta: 7 Pokok Yang Paling Berbahaya Di Dunia
    03.11.2014 - 0 Comments
    1. The Manchineel Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam…
  • GHOULS
    21.01.2012 - 0 Comments
    he was making a signal towards the hell, though hell was not good enough for him' he saw a silhoutte of a…