Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat ~ Bila Han Bercerita

Friday, 28 December 2012

Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat


Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat

Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga Lalang, mencuri tumpuan kerana ramai kerana dia hadir dengan gaya bertudung.

Anak ketiga daripada empat adik beradik ini memberitahu sebenarnya niat mahu berhijab sudah timbul sejak tahun lalu lagi.

Namun hasrat itu hanya dilaksana sejak awal bulan ini selepas mengalami satu mimpi yang cukup mengerunkan dirinya.

“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit.

“Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.

“”Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat,” katanya yang dipetik melalu Malaysiadigest, di sini, hari ini.

Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali dia mimpi perkara yang sama, tetapi kali terakhir mimpi itu, dia tidak dapat mencari ibunya. Itu yang membuatkan dirinya berasa takut sangat.
Tambahnya, beberapa bulan sebelum itu, seorang rakannya yang menuntut di sekolah agama sering bercerita kepadanya tentang kisah-kisah nabi.

Sejak peristiwa itu ia bagai satu hidayah buatnya lalu dia nekad mahu serius berhijab.
Sungguhpun begitu, kata Ezlisa dalam pada perlahan-lahan mengubah penampilan dia memastikan kewajipan utama sebagai muslimah dilaksanakan dengan baik terlebih dalu misalnya memastikan solat lima waktu sempurna.

Dalam perkembangan lain, Ezlisa bakal muncul dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, mulai 2 Januari 2013, jam 4 petang.

Selesai penggambaran tersebut dia akan memperlahankan karier lakonan buat seketika kerana mahu menumpukan pada pelajaran dan peperiksaan SPM.

sumber

P/s :alhamdulillah diberi kesedaran pada usia muda.. :)  lama gile tak hapdet blog dekat sebulan dah..LOL


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Reality of MySpace, Facebook and Google+
    19.02.2012 - 0 Comments
    Hey u all Korang mesti dah tahu semua social network yang ada sekarang ni kan? Korang semua mesti lebih…
  • 10 TIPS WAJIB TAHU UNTUK KEKAL SELAMAT DI ALAM SIBER
    18.02.2012 - 0 Comments
    1. Lindungi komputer anda dengan perisian keselamatan Jangan ketepikan aspek keselamatan tambahan apabila…
  • PERGH : Blog Oh Bulan Disaman RM1juta
    27.07.2012 - 0 Comments
    Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik…
  • Jurusolek Peribadi Dedah Rahsia Penjagaan Kulit Kate Middleton
    12.04.2017 - 0 Comments
    Jurusolek peribadi Kate Middleton, Debora Mitchell, mendedahkan rahsia kecantikan isteri kepada Putera…
  • Arab Saudi larang pekerja berpanas di bawah matahari
    04.06.2016 - 0 Comments
    KERAJAAN Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang pihak majikan membiarkan pekerja mereka terdedah dengan…