Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 4 December 2012

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan


Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Kalau sebelum ni aku ada buat entri mengenai rumah ditengah highway di China..aku baru publish hari ni..dah bersawang duk dalam draft..entri publish skali..yang belum baca boleh baca kat SINI..

dan sedar tak sedar rumah tersebut telah pon dirobohkan beberapa hari yang lepas..dibawah ini sedikit sebanyak info dari berita online

SATU-SATUNYA rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah jalan raya yang baru dibina di Zhejiang, China dan menjadi simbol penentangan terhadap pembayaran pampasan tidak adil oleh kerajaan

Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,
Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan.

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

Rumah Di Tengah Highway China Telah Dirobohkan

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WAJIB BACA !! 13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita
    13.12.2014 - 0 Comments
    1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening…
  • Fakta Sebab Kenapa Manusia Boleh Terapung Di Laut Mati
    02.03.2012 - 0 Comments
    Fakta Ringkas: * Laut mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat…
  • Pesawat Ujian Tanpa Sayap Ciptaan NASA
    10.05.2016 - 0 Comments
    Bagi kebanyakkan rekaan pesawat, dengan memasang sayap, ia boleh menjurus kepada kenaikan kos harga…
  • Kuat Sangat Menjerit Pasukan Bola Sepak Gol, Sebelah Paru-paru Lelaki Ni Berhenti Berfungsi
    12.08.2016 - 0 Comments
    Bila tengok pasukan bola sepak favorite kita tengah lawan memang susah nak kawal perasaaan.…
  • [Aneh] Minyak Wangi Zombie Dengan Aroma Mayat
    10.04.2017 - 0 Comments
    Minyak wangi merupakan salah satu barang penting yang perlu ada di atas meja hias atau beg tangan seorang…