COOL : Syiling Tersilap Cetak Tahun 1919 Akan Dijual 600,000 Kali Ganda Dari Nilai Asal ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 September 2013

COOL : Syiling Tersilap Cetak Tahun 1919 Akan Dijual 600,000 Kali Ganda Dari Nilai Asal

Syiling Tersilap Cetak Tahun 1919 Akan Dijual 600,000 Kali Ganda Dari Nilai Asal


Ia hampir dileburkan ke dalam relau apabila dianggap sekeping logam tidak bernilai apabila ia telah dibuang pada tahun 1919.

Tetapi sekarang, duit syiling bernilai satu sen yang dianggap 'tak berguna' itu boleh dijual lebih daripada £ 2,500 - 600,000 kali ganda dari nilai asalnya.

Syiling tersebut yang dibuat dari campuran tembaga dan nikel dan bukannya gangsa, adalah satu-satunya yang wujud akibat kesilapan semasa proses mencetak.

Ia telah dibuang pada 1919 selepas Royal Mint di London subkontrakkan kerja tersebut untuk sebuah kilang di Kings Norton, Birmingham, kerana berdepan dengan kesibukkan membuat medal perang.

Pada masa itu, Kings Norton Metal Company telah membuat matawang British West Africa untuk kegunaan di negara-negara jajahan seperti Ghana, Nigeria, Sierra Leonne dan Gambia.

Semasa proses pembuatan, jurutera telah tersilap memasukkan bahan mentah dan ia telah dibuat dalam kuantiti yang banyak.

Apabila kesilapan itu disedari, ada yang dibuang ke dalam relau dan ada sebahagian disimpan oleh jurutera.

Duit syiling tembaga-nikel itu kemudiannya diserahkan kepada Francis Edward Brown, seorang usahawan tempatan, dan kekal dalam keluarganya sejak itu.

Syiling Tersilap Cetak Tahun 1919 Akan Dijual 600,000 Kali Ganda Dari Nilai Asal

Turut bersama mengiringi syiling itu adalah surat daripada Encik Brown di mana beliau menggambarkan ia sebagai syiling nikel yang wujud satu-satunya di dunia ini.

Kertas kerja membuktikan sejarah syiling yang akan dimasukkan ke dalam lelongan. Pada tahun 1919 terdapat 240 sen dalam satu paun.

Daniel Fearon, pakar syiling di syarikat lelongan Woolley dan Wallis, berkata bahawa Royal Mint telah mengesahkan syiling tersebut adalah asli.

Beliau berkata: "Syiling ini tidak mempunyai status rasmi kerana ia tidak memasuki edaran".

"Berikutan perang yang melanda, Royal Mint sangat sibuk menyiapkan pingat perang yang menarik dan mereka telah subkontrakkan banyak kerja kepada Kings Norton Metal Company berhampiran Birmingham"

"Duit syiling ini mungkin mempunyai nilai muka yang kecil tetapi ia adalah unik".

"Anggaran kami adalah sehingga £2,500 tetapi ia boleh dijual lebih tinggi dari itu." - DailyMail

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALHAMDULILLAH,AKHIRNYA !!Mawi, Ekin Selamat Dapat Anak Perempuan
    28.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA – Nora’Asikin Rahmat, isteri kepada penyanyi Asmawi Ani, Mawi selamat melahirkan seorang…
  • Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari
    20.11.2014 - 2 Comments
    Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana…
  • Bahaya bekam tidak bersih !!
    18.01.2012 - 0 Comments
    Berbekam itu bagus kerana itu sunnah yg ditunjukkan nabi,malangnya zaman…
  • Akibat Prank, Budak 11 Tahun Bunuh Diri
    09.04.2017 - 0 Comments
    TIDAK salah bergurau dengan orang sekeliling kerana gurauan dalam kehidupan boleh menceriakan hari-hari…
  • Syarikat LG Perkenal Mesin Basuh Tanpa Menggunakan Air
    01.05.2013 - 0 Comments
    Pihak LG kini telah mengeluarkan beberapa produk terbaru yang menarik. Salah satu di antaranya adalah…