Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 24 September 2013

Pelatih PLKN Mati Dipukul Di DAlam Bilik Air



Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), ditemui mati di bilik air Kem Pinggiran Pelangi, dekat sini, tengah malam kelmarin, dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata laporan bedah siasat Hospital Muadzam Shah menunjukkan ada kesan lebam di belakang telinga mangsa dipercayai akibat pukulan objek tumpul.

Teruskan siasatan

“Mangsa meninggal dunia kemungkinan akibat dipukul berdasarkan kesan lebam di belakang telinga tetapi kita akan teruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Johari berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebaik ditemui, mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Muadzam Shah, namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Latihan Khidmat Negara, Rozainor Ramli, berkata sebelum itu, mangsa dalam keadaan sihat serta baru selesai menjalani latihan bersama pelatih lain.

“Satu pasukan khas ditubuhkan pada peringkat jabatan bagi menyiasat perkara itu sebaik memperoleh laporan bedah siasat mengenai punca kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bapa mangsa, Norhamidi Bakar, 46, ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Muadzam Shah, berkata kali terakhir beliau bertemu Muhammad Suhaimi adalah ketika menghantarnya ke kem untuk pendaftaran, bulan lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang pendiam namun disenangi rakan.

“Sebelum pergi, arwah bersemangat menyertai PLKN dalam usaha mengejar cita-citanya menjadi anggota polis. Saya reda dengan kejadian yang menimpanya,” katanya.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Keju Termahal Di Dunia,Keju Emas
    23.05.2013 - 0 Comments
    Kini komuniti jutawan dan billionaire memiliki menu mewah terbaru yang dapat dimasukkan ke dalam menu…
  • RON95 Dan Diesel Dijangka Turun Bawah RM2 Seliter Mulai 1 Januari
    19.12.2014 - 0 Comments
    Harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun di bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari depan, sekiranya…
  • WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua
    30.04.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk…
  • COOL !! Office POD: Office dimana-mana
    25.04.2012 - 0 Comments
    Dengan adanya office macamni,korang boleh bawak office korang kat mana korang suka,ianya kreatif,tapi aku…
  • COOL : Cara Membuat Coklat Kit Kat Gergasi Di Rumah
    02.04.2013 - 0 Comments
    korang yang suka gile2 makan  kit-kat atau coklat tu.boleh try cara…