Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 15 September 2013

Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya

Perompak Guna 'Da Vinci Code' Untuk Bantu Penjenayah Lain Kenal Pasti Rumah Orang Kaya


Pencuri kini menggunakan simbol berkod yang ditulis dengan kapur untuk membantu penjenayah lain mengenal pasti sasaran sama ada ia bernilai atau tidak.

Kod yang disebut sebagai Da Vinci Code itu dibuat oleh mereka yang akan mencuri untuk menunjukkan jika rumah tersebut bebas dari ancaman bahaya, siapa individu yang tinggal di rumah berkenaan dan sama ada terdapat apa-apa barangan bernilai untuk dicuri.

Selain itu, terdapat simbol bagi menunjukkan jika terdapat seorang penghuni wanita yang menjadi sasaran mudah dan menunjukkan jika pemilik rumah itu seorang yang 'gementar dan takut'.

Simbol tulisan kapur itu telah dikesan di sebelah rumah seorang pesara yang terletak di Walkden, Greater Manchester.

Polis kini sedang menyiasat simbol berkenaan selepas memaklumkan kepada penduduk lain di kawasan itu dan telah mengedarkan risalah amaran dalam kawasan yang ditandai simbol itu.

Kod tersebut, sebelum ini turut dilaporkan pernah dilihat di bahagian-bahagian lain di negara ini.

Polis Salford turut meminta bantuan orang awam sekiranya mereka yang melihat simbol-simbol untuk mengambil gambar dan membersihkannya secepat mungkin. Polis melancarkan siasatan selepas menerima laporan daripada seorang wanita warga emas pada hari Ahad, 25 Ogos.

Ketua Inspektor, Sue Downey berkata: "Polis di Salford telah menerima panggilan daripada seorang wanita di Walkden, yang bimbang terhadap simbol yang telah ditanda pada rumahnya dengan meggunakan kapur."

Sehingga kini, setelah perbincangan lanjut diadakan bersama masyarakat kawasan berkenaan, kami belum menerima sebarang laporan lanjut berhubung aktiviti sedemikian.

"Kami sentiasa memaklumkan kepada orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis, di mana kita akan membuat siasatan."

"Pada masa ini, kita masih belum mendapat maklumat sekiranya ada hubungan antara simbol kapur dengan apa-apa jenayah."

"Pada bulan Januari, polis di Torbay, Devon, mennyebarkan kod simbol itu di Twitter dalam usaha untuk memberi amaran kepada pemilik rumah yang mungkin berpotensi untuk menjadi sasaran pencuri."

Pada tahun 2009, pinggir bandar mewah Tandridge di Surrey juga disasarkan oleh tanda simbol yang sama.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Antonov 225, Pesawat Terbesar Dunia Mendarat Di KLIA
    15.05.2016 - 0 Comments
    Seperti yang dilaporkan dalam media semalam, pesawar terbesar dunia, Antonov 225 telah selamat mendarat…
  • SEJARAH ASAL USUL
    23.01.2012 - 0 Comments
    Pizza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di…
  • COOL : Hotel Terbesar Di Dunia Binaan Nazi Yang Tak Pernah Didiami
    04.02.2013 - 0 Comments
    Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang…
  • Sumpah Ariel Sharon Pada Rakyat Palestin
    01.12.2012 - 1 Comments
    “Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin…
  • Peniaga yang menggunakan bekas polisterin bakal didenda RM250 di Melaka
    05.01.2016 - 0 Comments
    EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin MELAKA:…