Batman Di Tangkap !! ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 5 December 2013

Batman Di Tangkap !!

Batman Di Tangkap !!


SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.

Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).

Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.

Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.

Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.

Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.

Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.

Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: "Idola kita telah dipenjarakan."

sumber

P/s : asal nama dia cenggitu??hehehe

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Bila LG troll orang dalam lif
    23.10.2012 - 0 Comments
    aha.dalam banyak2 komersial iklan yang osem2.korang mesti jarang nampak iklan2 berbentuk troll dari LG.jom…
  • 10 TIPS WAJIB TAHU UNTUK KEKAL SELAMAT DI ALAM SIBER
    18.02.2012 - 0 Comments
    1. Lindungi komputer anda dengan perisian keselamatan Jangan ketepikan aspek keselamatan tambahan apabila…
  • Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan
    05.12.2013 - 1 Comments
    Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap…
  • Sistem 'Meter Pintar' Mampu Kesan Penggunaan Elektrik Secara Nyata
    21.11.2014 - 0 Comments
    Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang diberi…
  • BERSIH 3.0 LIVE STREAMING
    28.04.2012 - 5 Comments
    **SIARAN DAH TAMAT JOHN ;) mari kita tonton Bersih 3.0 LIVE..maaf kalau tersekat2.biasa la live…