Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 5 December 2013

Petua Untuk Bakal Pengantin Menghadapi Debaran Malam Pertama

Petua Untuk Bakal Pengantin  Menghadapi Debaran Malam Pertama


a. Malam pertama adalah malam yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pasangan pengantin baharu. Satu pengalaman yang selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain, kini benar-benar akan mereka alami sendiri. Pasangan muda, khususnya gadis, ada juga belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama. Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama.

b. Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna, dalam debar mereka biasanya tidak sabar untuk mengalami sendiri peristiwa yang akan diingati seumur hidup. Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yang sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama dengan penuh nikmat.

Ada beberapa perkara harus diberi perhatian, seperti berikut:

1. Persiapan Fizikal - Sudah siap-sediakah keadaan fizikal anda untuk menghadapi malam pertama, khususnya kaum wanita? Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal untuk persiapan hari perkahwinan. Maka ada baiknya jika suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan ’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan, sekiranya pasangan kepenatan. Apa salahnya menunggu keesokan harinya, setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

2. Persiapan Mental - Bagaimana dengan persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia untuk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimum kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baharu. Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi, maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yang bakal dilalui.

3. Ilmu Perlu Ada - Hubungan suami isteri bagi pengantin baharu adalah bidang baharu yang perlu dipelajari lebih lanjut. Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai, anda hanya mendengar, kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.
Jadi, sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yang memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan untuk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yang berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yang lebih lama. Sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

4. Kenalpasti Bahagian Tubuh Yang Sensitif - Apakah anda sudah tahu tentang ‘errogenous zone’ (bahagian tubuh yg sensitif terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak. Namun bagi isteri untuk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tentu jauh lebih mudah.

5. Jangan Makan Berlebihan - Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak, akan terjadi sebahagian besar darah akan berkumpul di bahagian perut anda untuk membantu proses percernaan makanan. Akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yang dikehendaki dan seterusnya membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

6. Tinggalkan Kenangan Yang Indah - Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yang mendalam. Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri. Untuk itu, pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib, supaya yang ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Inilah Fungsi Sebenar Garisan Pada Setiap Wang Kertas
    15.05.2017 - 0 Comments
    Pernah tak anda terfikir bagaimana orang cacat penglihatan membezakan nilai wang yang mereka…
  • China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam
    01.05.2017 - 0 Comments
    Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang…
  • Tips Menjaga Bateri Laptop
    19.01.2012 - 0 Comments
    Bateri laptop cepat ‘kong’ memang memberi masalah. Terutama apabila kita nak menggunakan wifi di tempat…
  • TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK
    17.09.2012 - 0 Comments
    Sempena pembukaan legoland di Johor, ini ada perkhabaran buruk  yang diterima apabila tren@keretapi…
  • CIRI-CIRI SUAMI MANJA PEREMPUAN WAJIB TAHU !!
    13.02.2012 - 1 Comments
    Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari perasaan cinta. Allah telah mencipta dua kaum di…