Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 5 December 2013

Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan

Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan, kurang minum air masak,


Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras. Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!!

Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak.

4. Tekanan darah menurun.

5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk.

6. Lesu pada waktu siang.

7. Sakit belakang.

8. Dehidrasi.

9. Sakit kepala.

10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair.

13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik.

14. Meningkatkan keinginan untuk makan.

15. Darah menjadi lebih pekat .

16. Mudah keliru.

17. Degupan jantung semakin meningkat.

18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dll.

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksima.

sumber

Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. Salam.saya dari pingje.org.anda ada mendaftar di pingje.org namun masih belum berkongsikan apa-apa artikel,sila kongsikan artikel2 menarik anda.terima kasih.. :)

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Pergh ! Ikan Kerapu 200kg terperangkap dalam pukat nelayan
    22.11.2014 - 0 Comments
    BINTULU-Penat bertarung selama dua jam sebelum berjaya mendaratkan ikan kerapu seberat 200 kilogram (kg)…
  • 8 Khasiat Air Masak
    18.01.2012 - 0 Comments
    Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air masak memegang peranan utama dalam sebahagian besar program…
  • Pemenang Anugerah Penipuan Online Terbaik
    26.01.2012 - 0 Comments
    PEMBERITAHUAN PENTING:- BERHATI-HATI DENGAN LELAKI INI. DIA SUKA MENYAMAR DAN MENIPU DUIT…
  • GEMPAR!! Terima Tawaran Tidak Berhenti Sejak Popular, Najwa Latif Beli Kereta Secara Tunai
    11.02.2012 - 0 Comments
    Dek kerana Malaysia sekali lagi berhenti menjadi produktif dek kerana bekerja hanya tiga hari, maka kami…
  • GILA !! Fauzi Nawawi Ugut Cedera Dan Rampas Kereta Pengurus Produksi
    01.03.2012 - 0 Comments
    Harian Metro baru sahaja laporkan sebentar tadi yang seorang wanita bergelar pengurus produksi telah…