Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda ~ Bila Han Bercerita

Monday, 29 September 2014

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda

Cara Memanjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda


Seperti yang semua maklum, zaman sekarang terlalu banyak telefon bimbit atau handphone yang canggih dijual dipasaran.tapi sangat kurang diantara kita untuk menjaga bateri telefon bimbit.khususnya buat pengguna smartphone..banyak function dan feature yang awsome lagi bombastic di phone.tapi sayangnya bateri habis macam air je..nak always ada bateri kena usung skali powerbank..apa kata cube tips ni.


1. Off handphone ketika dicas
Pastikan handphone anda dalam keadaan off semasa mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri kerana terdapat penambahan beban dalam proses kimia dalam bateri.

2. Elakkan cas handphone di dalam kereta
Komponen bateri handphone mudah rosak jika selalu menggunakan pengecas di dalam kereta. Hal ini demikian kerana arus elektrik di dalam kereta tidak stabil dan ini memberikan kesan buruk kepada bateri handphone.

3. Habiskan bateri(empty) sebelum dicas
Untuk mengelakkan “memory effect” pastikan bateri handphone betul-betul habis sebelum ia dicas semula.

4. Elakkan haba
Haba yang tinggi menyebabkan bateri mudah rosak. Paling berbahaya adalah bateri juga mungkin akan meletup akibat haba yang terlampau tinggi.

5. Sentiasa mengawal
Mengecas terlalu lama boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan menggelembung. Jadi, elakkan mengecas handphone terlalu lama atau “over charge”.

6. Pastikan bateri penuh sewaktu pertama kali dicas
Tempoh mengecas bateri handphone untuk kali pertama adalah berbeza-beza mengikut jenis bateri. Selalunya untuk kali pertama mengecas handphone baru dibeli adalah selama 3 jam. Untuk bateri jenis Ni-Mh dan Ni-Cd ia memerlukan masa selama 8 jam untuk dicas kali pertama.

7. Jangan guna handphone semasa sedang dicas
Menggunakan handphone ketika mengecas adalah sangat-sangat berbahaya dan boleh mengundang kecelakaan. Bateri akan mudah menjadi panas jika digunakan sewaktu mengecas. Selain itu, ini boleh menyebabkan bateri mudah rosak dan meletup.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Blog hannsays selalu redirect ke website shopping dan iklan ??
    29.08.2012 - 0 Comments
    interface lama blog hannsays Hello semua,harini ada sedikit keluhan.LOL..blog aku ni walaupon aku…
  • (3 GAMBAR) Dato' M.Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari UUM
    09.11.2014 - 0 Comments
    Hari ini menerusi akaun Facebook beliau, Dato’ M.Nasir kongsikan beberapa keping gambar yang diambil…
  • GEMPAR !! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES
    26.02.2012 - 0 Comments
    TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI.. TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU Seorang orang asli telah memenangi kereta mewah…
  • [FAKTA] 5 SIKAP WANITA YANG TAK DISUKAI LELAKI
    23.01.2012 - 0 Comments
    Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita  yang…
  • Kegunaan Lain Bedak Baby Yang Korang Mungkin Tak Tahu !
    17.05.2017 - 0 Comments
    Kalau anda rasa bedak baby ni khas untuk baby je rugilah sebabnya bedak baby ni banyak kegunaannya. Selain…