COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda ~ Bila Han Bercerita

Monday, 15 September 2014

COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri ataupun akibat dicuri orang. Biasanya, jika telefon hilang, ia sememangnya menjadi satu masalah yang besar kepada pemilik telefon. Dan biasanya kes-kes seperti ini sukar untuk diselesaikan.

Terdapat banyak aplikasi-aplikasi di Play Store yang mengatakan boleh menemukan semula telefon yang hilang. Tapi kebanyakan aplikasi ini sukar digunakan. Terbaru penulis terjumpa satu aplikasi yang begitu mudah digunakan, malah lebih efektif dari aplikasi-aplikasi lain.

Aplikasi LockWatch merupakan satu aplikasi android yang mempunyai cara mudah dan berkesan untuk menjejaki pencuri. Kelebihan aplikasi ini adalah, ia akan mengambil gambar selfie si 'pencuri' apabila dia memasukkan kod keselamatan atau 'pattern' yang salah.

Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
Aplikasi ini mendapat 4.5 bintang di PlayStore dan rata-rata komen dari pengguna adalah positif.

Anda cuma perlu menginstall aplikasi ini ke telefon anda dan secara ringkasnya, berikut adalah cara aplikasi ini berfungsi :


  1. Telefon anda hilang atau dicuri
  2. Pencuri itu cuba membuka telefon anda dengan kod atau pattern yang salah
  3. LockWatch akan mengambil gambar 'selfie' pencuri berkenaan secara senyap dan maklumat lokasi dimana telefon anda berada.
  4. LockWatch dengan serta merta menghantar emel kepada anda berserta dengan gambar pencuri terbabit.
  5. Penulis sendiri sudah mencuba aplikasi tersebut, dan ternyata ianya berkesan! Berikut adalah contoh emel penulis terima apabila cuba membuka telefon dengan 'pattern' dan kod yang salah. 


Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda

Kalau dah ada gambar muka si pencuri, nak apa lagi? Bagi sahaja pada polis, pasti mereka boleh selesaikan..

Aplikasi ini patut menjadi salah satu aplikasi wajib di dalam telefon android anda. Aplikasi ini turut menawarkan notifikasi emel yang sama apabila kad sim ditukar! Tapi ciri itu hanya ada pada versi premium. Tapi apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk keselamatan telefon anda kan?

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Rare : Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun
    13.06.2016 - 0 Comments
    Kuala Lumpur: Keinginan kali ini lain daripada yang lain, malah tidak masuk akal untuk diterima suami dan…
  • 24 Peringatan Buat Wanita
    20.01.2012 - 0 Comments
    1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya…
  • Kapal mewah ikut laluan Titanic
    09.04.2012 - 0 Comments
    GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912. LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal…
  • Ini Berlaku Pada Organ Tubuh Badan Ketika Naik Syahwat
    14.08.2017 - 0 Comments
    Berkemungkinan anda meneka bagaimana ekspresi atau keadaan diri anda ketika mencapai klimaks semasa…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Tips yang sangat berguna untuk anda semua.hehe okay cool is'nt ? sumber-9GAG