COOL : Alat Mudah Alih Kesan Babi Dalam Makanan ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 28 October 2014

COOL : Alat Mudah Alih Kesan Babi Dalam Makanan

Alat Mudah Alih Kesan Babi Dalam Makanan
Peranti mudah alih ini dijual pada harga 6.90 euro (RM29) seunit.

Dua usahawan Perancis melancarkan peranti mudah alih yang boleh mengesan kehadiran unsur babi dalam makanan.

Memetik laporan dari laman berita Sinar Harian, pemilik syarikat Capital Biotech, Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui menyatakan idea untuk menghasilkan alat itu tercetus ketika mereka masih menuntut di universiti kira-kira dua tahun lalu.

“Kit terbabit dilengkapi dengan tabung uji kecil yang akan menguji sampel makanan dengan menggunakan jalur uji. Keputusan dua jalur pada alat tersebut yang diperoleh selepas beberapa minit menunjukkan kehadiran babi dalam makanan berkenaan,” kata Julien dipetik Al-Arabiya

Menurutnya, alat ciptaan mereka itu didakwa memberikan keputusan 99 peratus tepat dan ia jauh lebih murah daripada peranti sedia ada di pasaran.

Sementara itu, penduduk Islam di negara terbabit turut menyambut baik usaha Julien dan Chaoui untuk memastikan mereka mendapat makanan halal di negara tersebut.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara
    12.06.2016 - 0 Comments
    Seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya kerana didapati tidak mengalami pendarahan ketika…
  • Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6
    11.10.2014 - 0 Comments
    RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB Detroit: Seorang tuan rumah yang…
  • Bagaimana Handphone Touch Screen Berfungsi
    11.02.2012 - 0 Comments
    contoh handphone touch screen Salam semua. Hari ni hann nak cerita mengenai pasal smartphone terutama…
  • GILA !! Jepun hasilkan kubis palsu! sila berhati-hati !!
    05.03.2012 - 2 Comments
    nampak macam kobis asli kan?sila berhati2.kat negara sana memang banyak…
  • Paderi Peluk Islam Selepas Terjaga dari Koma 17 Bulan
    22.10.2014 - 0 Comments
    Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama setahun lima…