Lelaki Ini Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Pemanas Mandian Di Rumahnya ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 October 2014

Lelaki Ini Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Pemanas Mandian Di Rumahnya

Lelaki Ini Maut Akibat Terkena Renjatan Elektrik Pemanas Mandian Di Rumahnya


Seorang remaja, Greogary Ng, 18 maut akibat renjatan pemanas mandian di kediamannya di flat Hougang Avenue 3, Singapura.

Memetik laporan portal Singapura, stomp.com, kejadian itu disedari keluarganya, yang mendengar mangsa menjerit kesakitan ketika memasuki bilik mandi.

Terkejut mendengar jeritan Greogary, keluarganya memecahkan pintu bilik mandi dan menemui Greogary terbaring di lantai dengan soket pemanas mandian yang berasap.

Sementara menunggu ketibaan ambulan, adik dan ibu saudaranya cuba melakukan bantuan pernafasan dengan arahan daripada penyelamat di telefon tetapi tidak berjaya. Mangsa telah meninggal dunia terkena serangan jantung akibat renjatan elektrik dalam perjalanan ke Hospital Changi.

Greogary, seorang graduan Institut Pendidikan Teknikal sedang menunggu panggilan latihan khidmat negara. Dia tinggal bersama datuk dan nenek serta dua orang saudaranya sejak ibu bapanya bercerai sejak kecil.
Datuknya, Anthony Ng, 62 , seorang pemandu teksi berkata, dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama.

“Saya membayar SGD300 (RM 762) untuk pemanas mandian baru yang berjenama. Namun ia membunuh cucu saya,” katanya.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terdapat tiga punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas mandian iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada penyelenggaraan.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Kampus Facebook Di California
    19.05.2012 - 0 Comments
    semlam aku ada buat rondaan beberapa laman web dan juga blogwalking beberapa blog.hasil blogwalking…
  • Lelaki wajib tahu : 9 punca masalah kemandulan
    18.06.2012 - 0 Comments
    Mengikut kajian terdapat beberapa kes kemandulan berkait rapat dengan masalah kesihatan selain juga tidak…
  • GILA !! Wanita kudung dalang jual bayi
    07.04.2012 - 0 Comments
    KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan…
  • Zalora Bagi Kejutan Istimewa Buat Pasangan Suami Isteri Ini Setelah Bertekak Di Facebook
    06.12.2014 - 0 Comments
    Baru-baru ini, satu pergaduhan sepasang suami isteri di wall Facebook Zalora dimana si suami meminta agar…
  • Amalan Untuk Selamat Dari Seksaan Kubur
    01.03.2012 - 0 Comments
    Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara…