GILA : Bapa Pukul Anak Kemudian Muat Naik Di Internet Untuk Paksa Bekas Isterinya Pulang ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 October 2014

GILA : Bapa Pukul Anak Kemudian Muat Naik Di Internet Untuk Paksa Bekas Isterinya Pulang

Bapa Pukul Anak Kemudian Muat Naik Di Internet Untuk Paksa Bekas Isterinya Pulang


China - Seorang Bapa bernama Zhong Lo, 30 tahun bertindak kejam apabila memukul anak lelakinya berusia tiga tahun sebelum menghantar gambar badan kanak-kanak tersebut yang dipenuhi kesan lebam di internet dalam usaha untuk memaksa bekas isterinya kembali pangkuannya.

Dalam mesej memujuk bekas isterinya Cai Lifen, 20, yang meninggalkan dia pada bulan Januari tahun ini, beliau merayu isterinya untuk pulang sebelum menipu telah memukul kanak-kanak itu sehingga mati.

Beliau menulis 'Saya akan memukulnya sehingga jam 6 pagi, Matahari telah terbit, Haha, dia tidak mati lagi. Saya akan mengambil masa saya.'

Menurut laman media sosial di mana gambar-gambar itu dimuat naik, anak malang itu dipukul bermula pada bulan Februari tahun ini sebagai tindak balas kepada isteri yang meninggalkan Zhong.

Dalam mesej lain bersama gambar badan anaknya yang dipenuhi darah, Zhong mencatatkan "Isteri saya, saya suka anda. Janganlah kita bercerai.”

“Anak kami tidak bersalah.”

Ini diikuti dengan beberapa mesej marah di sebelah gambar berkenaan mengatakan bahawa anak mereka “Akhirnya mati. Saya telah patahkan lehernya di bawah kaki saya.”

Mengikut Saudara Cai Lifen berkata "Zhong mempunyai sejarah penyalahgunaan da dah dan keganasan rumah tangga ke atas Cai.”

“Itulah puncanya dia meninggalkan Zhong.”

Pengarah Jabatan Anti Pemerdagangan Orang di China berkata anak kecil itu ditemui selamat di rumah datuknya dan sedang menerima rawatan, dan Polis masih menjalankan usaha untuk memburu Zhong yang melarikan diri.

Beliau berkata: "Ini adalah contoh kisah penderaan kank-kanak dan suspek patut menerima hukuman yang paing keras."

“Dia memukul anaknya bertujuan untuk memaksa isterinya kembali kepadanya supaya keluarganya boleh membiayai di membeli da dah.

“Kami tidak akan berehat sehingga lelaki ini diberkas.”

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pemeriksaan kenderaan percuma PUSPAKOM
    17.01.2012 - 0 Comments
    PUSPAKOM kenderaan Percuma pemeriksaan. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)…
  • Zac Efron Dikutuk Kerana Mulut Busuk
    08.04.2012 - 0 Comments
    PELAKON Zac Efron mengakui pernah melalui pengalaman buruk di saat melakonkan babak bercumbuan dalam…
  • Bocey juara MLM 2016
    30.04.2016 - 0 Comments
    JOHOR BAHRU: Kumpulan Bocey muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 pada saingan minggu terakhir di…
  • 5 Orang Yang Diiktiraf Paling Genius Di Dunia
    23.10.2012 - 0 Comments
    Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi…
  • Jangan Kahwini Perempuan Yang Ada Sifat Ini
    25.02.2012 - 0 Comments
    Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah,…