Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 October 2014

Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6

Tukar rumah dengan iPhone 6
RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB

Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.

Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.

Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.


Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.

Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi

P/s : murahnya harga rumah kat sanaa..bestnya kalau ada rumah semurah dan sebesar tu kat malaysia :-P

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Mat Skodeng Kena Siram Air Panas
    09.05.2012 - 0 Comments
    gambar hiasan SARIKEI – Tabiat jelik seorang lelaki warga Bangladesh yang gemar mengintai wanita dalam…
  • 5 Kegunaan Gel Silika Yang Mungkin Anda Tidak Tahu !!
    18.08.2016 - 0 Comments
    Bungkusan kecil yang mengandungi gel silika ini sering kali dibuang tanpa anda ketahui apakah fungsi ia…
  • Cara Mengira Kalori Dalam Makanan
    25.01.2012 - 1 Comments
    Apa itu kalori? Kalori adalah unit ukuran bagi tenaga. Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan…
  • Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya
    02.02.2015 - 0 Comments
    Desas-desus sebelum ini yang mengatakan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal dilantik…
  • LELAKI WAJIB TAHU.,FAKTA-FAKTA TENTANG WANITA
    11.03.2012 - 0 Comments
    1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna…