Google Street View kantoikan suami yang merokok ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 12 December 2015

Google Street View kantoikan suami yang merokok

Google Street View kantoikan suami yang merokok


Merseyside (England): Seorang lelaki yang bersumpah kepada isterinya sudah berhenti merokok, ‘kantoi’ apabila gambarnya merokok dirakam di Google Street View dan dilihat isterinya.

Donny Ryding, dari Leasowe, di sini, diberi amaran oleh doktor supaya berhenti merokok dan mengelak makan makanan tidak berkhasiat selepas diserang sakit jantung.

Bagaimanapun, pemandu teksi itu masih merokok secara sembunyi-sembunyi bagi mengelak diketahui isterinya yang dikenali sebagai Julie.

Menurut Julie, dia mula curiga betapa suaminya tidak mengikut nasihat doktor ketika mengemas kereta suaminya.

Katanya, di dalam kereta itu terdapat banyak biskut yang sepatutnya tidak dimakan.

“Saya bertanya mengenai biskut itu, tetapi dia (suami) tidak mengaku memakannya. Dia terus keluar rumah dan tidak lama kemudian saya mendengar krew Google Street View ada merakam gambar di sekitar kawasan rumah.

“Selepas melihat Google Street View, ada gambar suami merokok dan ia tidak boleh dinafikan lagi,” katanya.

Menurutnya, ketika mula disiarkan, gambar suaminya tidak dikaburkan.

“Tak perlu kaburkan, lagipun wajah suami ditutupi dengan asap rokok.

“Setiap kali keluarga berkumpul ia akan menjadi bahan jenaka dan kami ketawa beramai-ramai.


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bagaimana Pelaburan Emas boleh buatkan anda jadi lebih kaya ??
    10.02.2012 - 0 Comments
    Hello guys,Harini Hann nak kongsikan tentang pelaburan emas,ianya sangat2 berguna untuk anda semua so…
  • COOL !! 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit
    01.03.2012 - 0 Comments
    Cendawan- Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman…
  • Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian
    23.11.2014 - 0 Comments
    LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat…
  • ALHAMDULILLAH !! AKHIRNYA Awal Ashaari, Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei Di Putrajaya
    27.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR, 27 MAC 2012: Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan…
  • Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat
    08.11.2014 - 0 Comments
    Cameron Highlands: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali…