Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 December 2015

Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron

Skuad Khas oleh polis jepun bagi menangkap dron
Demonstrasi tangkapan dron oleh Polis Metropolitan Jepun (MPD)

TOKYO - JEPUN. Polis Metropolitan Jepun (MPD) kini mempunyai skuad khas untuk menangkap dron yang digunakan untuk tujuan jahat.

Menurut Dailymail, penubuhan skuad tersebut buat selepas sebuah dron menceroboh pejabat perdana menteri, April lepas.

MPD dilaporkan akan menerima satu angkatan dron yang setiap satunya dilengkapi dengan jaring.

"Kemungkinan pengganas menyerang menggunakan dron itu tetap ada," kata seorang pegawai kanan MPD di laman web Asahi Shimbun.

Angkatan dron MPD dikatakan akan meronda bangunan-bangunan milik kerajaan untuk mengesan sebarang aktiviti luar biasa.

Dalam kejadian April lalu, sebuah dron yang membawa bahan radioaktif dan mendarat di bumbung pejabat perdana menteri dipercayai dikendalikan oleh aktivis yang menentang rancangan kerajaan Jepun untuk terus menggunakan tenaga nuklear.


P/s : ohh patut la sampai ada skuad khas.pasal ada kes dron landing bawak bahan radioaktif atas pejabat pm dia..tapi nampak cam best job ni.ronda2 bangunan milik kerajaan pkai dron je.huhu


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 6 Makna Mesej Error Dalam Internet
    22.07.2012 - 0 Comments
    Selalunya ketika kita sedang asyik browsing dan berinternet akan muncul mesej error yang tidak kita…
  • Harga iPhone SE Akan Dijual Pada Harga RM1949 Bermula 13 Mei Ini
    04.05.2016 - 0 Comments
    Harga jualan rasmi telefon pintar iPhone SE ini akan dikeluarkan bermula 13 Mei ini dan ditawarkan pada…
  • Zuckerberg pengasas Facebook jumpa PM Jepun
    06.04.2012 - 0 Comments
    TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark…
  • PELIK !! WANITA INI SUDAH 10 TAHU TIDAK DUDUK
    18.03.2012 - 0 Comments
    Sejak sepuluh tahun lalu, duduk menjadi sesuatu yang sangat menyiksa bagi Angela Whitbread. Sebuah…
  • GEMPAR !! Aaron Aziz Palsu Jual IPad
    16.03.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan…