VIDEO : Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua ~ Bila Han Bercerita

Monday, 14 December 2015

VIDEO : Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua

Siti Nordiana Juara Gegar Vaganza Musim Kedua


Siti Nordiana diumumkan juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) yang diadakan secara langsung di sini, malam tadi.

Penyanyi berusia 31 tahun yang juga dikenali sebagai Nana, menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Achong dan Haiza sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000, kontrak menghasilkan satu single baru terbitan Astro dan pakej percutian ke Madrid, Sepanyol, bernilai RM30,000.

Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana berduet dengan Achong.

Tempat kedua dimenangi Farahdhiya yang menerima wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga, Ezad (RM30,000).

Nassier Wahab pula mendapat tempat keempat menerima wang tunai RM15,000 dan tempat kelima dimenangi Achong, membawa pulang RM10,000.

Berada di kedudukan terakhir, Haiza dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.
Persembahan terbaik pilihan penonton juga dimenangi Siti Nordiana yang dipilih menerusi undian SMS penonton dan dia menerima wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta turut menerima trofi dan pakej percutian.

Hadiah disampaikan pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh Datuk Seri Dr Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Ria Raqim Ahmad Ramli.

Sepanjang lapan minggu Gegar Vaganza bersiaran, enam penyanyi lain yang turut terbabit ialah Azian Mazwan Sapuan, Zul Handy Black, Sheeda, Ezlynn, Amir Ukays dan Nizam Laksamana.

Juri tetap terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

Para peserta diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh pihak juri dan program itu dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

VIDEO PENGUMUMAN KEPUTUSAN GEGAR VAGANZA MUSIM KEDUA



sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kemalangan maut GTR 35 & Skyline 34 akibat berlumba Di Kuantan
    07.10.2012 - 0 Comments
    **UPDATE: GAMBAR KEMALANGAN GTR35 VS SKYLINE DI >SINI< gambar hiasan KUANTAN: Empat maut manakala…
  • Pelik !! Trend Warnakan Bulu Ketiak Jadi Kegilaan Remaja Barat
    02.12.2014 - 0 Comments
    Trend ini mula diperkenalkan oleh seorang pendandang rambut di Amerika Syarikat, Roxie Hunt yang mana…
  • GEMPAR!! Sejadah Corak Babi
    04.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu…
  • Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat
    01.08.2012 - 0 Comments
    Cacat atau tidak janin yang korang kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu korang sebenarnya…
  • Beg tangan RM4,423 diguna untuk bawa ikan di pasar
    05.04.2017 - 0 Comments
    Taipei: Seorang wanita yang menghadiahkan beg tangan berjenama kepada neneknya terkejut apabila mendapati…