Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London ~ Bila Han Bercerita

Monday, 18 July 2016

Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London

Banduan dakwa hidup mewah dalam penjara London


LONDON 12 Julai - Seorang banduan di sebuah penjara di Wandsworth, London memuat naik rakaman video mengenai kehidupan mewah yang diperoleh ketika di dalam penjara termasuk memiliki permainan Playstation 2 (PS2).

Laporan Daily Mail menyebut, rakaman itu dibuat oleh banduan berkenaan, Endrit Ferizolli, 20, menggunakan telefon bimbit yang diseludup masuk.

Ferizolli yang dipenjarakan kerana kesalahan melakukan rompakan palsu, berkongsi rakaman video itu dengan rakan-rakannya melalui aplikasi Snapchat.

Dia yang bangga dengan kemewahan di dalam penjara turut mendakwa melihat lebih banyak dadah dan senjata api di dalam penjara berbanding di luar.

“Saya melihat banyak dadah di sini berbanding di luar sana dan ini betul-betul gila, malah apa yang kamu dapat di luar sana, kamu boleh dapat di sini dengan harga berpatutan,” katanya.

Dia turut memuat naik rakaman video selama 10 saat menerusi Facebook yang menunjukkan keadaan dalam bilik penjaranya sambil kede-ngaran muzik yang kuat.

Ferizolli turut merungut kerana tidak mempunyai televisyen skrin rata dan hanya boleh bermain dengan permainan PS2.

Dia dipenjarakan bersama-sama tiga lagi rakannya kerana menyebabkan panik semasa pameran seni di Galeri Potrait Negara di Trafalgar Square pada 5 Julai tahun lalu.





sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Harumanis lebih mahal daripada Musang King
    15.05.2016 - 0 Comments
    SHAH ALAM - Harga pasaran bagi mangga harumanis pada tahun ini nampaknya lebih mahal daripada durian…
  • ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya…
  • Kenapa Mesti Simpan Emas Bukan Simpan Duit
    23.01.2012 - 1 Comments
    EMAS tidak boleh dicetak atau tertakluk kepada beberapa interpretasi (salah) kaedah-kaedah perakaunan.…
  • 50 Fakta Menarik Tentang Jutawan Melayu
    14.07.2012 - 0 Comments
    50 Fakta Menarik tentang Kisah dan Prinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ORANG MELAYU TERKAYA DI…
  • COOL : Inilah Aplikasi Paling Berguna Untuk Jejak Si Pencuri Telefon Pintar Anda
    15.09.2014 - 0 Comments
    Kes-kes telefon pintar hilang kini telah menjadi kes yang biasa kita dengar, sama ada atas kecuaian diri…