(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 14 July 2016

(Video) Mesin hasilkan awan berbentuk hati

Salah satu awan tiruan berbentuk hati dilepaskan ke udara


PHNOM PENH – Jika ada yang berminat untuk menghasilkan awan berbentuk hati, anda kini boleh berbuat demikian dengan menggunakan mesin keluaran syarikat Khmer Cloud Making Service.

Dinamakan sebagai Khmer Cloud Machine, mesin itu juga mampu menghasilkan beberapa bentuk awan lain termasuk emping salji, bintang, simbol keamanan dan ikan lumba-lumba.

Satu klip video yang dipaparkan di Facebook syarikat tersebut menunjukkan aksi seorang peniaga menghasilkan awan sambil disaksikan orang ramai.

Klip video tersebut sudah ditonton sebanyak 11.6 juta kali, dikongsi sebanyak 160,000 kali dan menerima 50,000 Like.

“Mesin ini memampatkan udara menggunakan campuran cecair khas untuk menghasilkan buih padat dan akan terapung ke udara seperti awan lepas ,” menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan di laman webnya.

Antara bahan yang digunakan untuk penghasilan awan tiruan itu ialah gas ringan seperti helium dan surfaktan sabun.

Awan tiruan itu mampu bertahan selama beberapa minit hingga satu jam bergantung kepada adunan formula cecair dan keadaan cuaca semasa.

Portal Huffington Post melaporkan, mesin itu dijual pada harga serendah AS$999 (RM4,063), manakala lima peratus daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal.





sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • PESANAN USTAZ AZHAR UNTUK KITA SEMUA
    03.03.2012 - 0 Comments
    sila zoom gambar untuk lebih jelas Fahami maksud ustaz.sangat mdalam..mari lah kita bermuhasabah diri :)
  • Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota Camry
    02.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Seperti yang dijangka, pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super…
  • Gadis ini maut akibat gurauan yang melampau oleh rakan-rakan ketika menyambut hari jadinya
    06.04.2017 - 0 Comments
    Menyambut ulang tahun kelahiran dengan mengenakan rakan seakan-akan menjadi satu trend anak muda zaman…
  • ALLAHUAKBAR !! KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’
    02.06.2012 - 0 Comments
    Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya…
  • Ferrari ini bernilai RM100 juta
    21.06.2012 - 0 Comments
    LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling…