Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 14 July 2016

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura

Lelaki rompak bank guna sekeping kertas di Singapura


Singapura: Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,000 (RM89,571) dengan menggunakan sekeping kertas.

Lelaki Kaukasia itu dilaporkan masuk ke sebuah bank Standard Chartered pada waktu tengah hari kelmarin dan menyerahkan sekeping nota tuntutan kepada seorang petugas.

Satu sumber berkata, beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dengan membawa wang tunai berjumlah S$30,000.


Jurucakap polis semalam mengesahkan rompakan berkenaan dan memberitahu tiada senjata digunakan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan isi kandungan nota yang diserahkan suspek kepada petugas bank.

Akhbar Straits Times melaporkan, pihak berkuasa memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Australia.

Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang ketat dan larangan keras terhadap pemilikan senjata api menjadikan bandar itu antara paling selamat di Asia.

Rompakan terakhir berlaku pada November 2008, apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengancam juruwang dengan mendakwa membawa beg kertas mengandungi bom.

Namun, juruwang berkenaan tidak mempercayai dakwaan lelaki itu yang kemudian ditangkap petugas bank terbabit. - AFP


sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TUTORIAL : TINGKATKAN SIGNAL WIFI
    24.01.2012 - 2 Comments
    Kali ni Hann ingin berkongsi siri tutorial terbaru dengan korang semua. Mesti korang pernah kecewa dengan…
  • Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal
    26.02.2015 - 0 Comments
    Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak…
  • 11 petua supaya isteri cepat mengandung
    21.01.2012 - 10 Comments
    1. 30 - 60 minit sebelum bersetubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam…
  • GILA !! Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah
    16.11.2014 - 0 Comments
    Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages Selepas melancarkan barisan produk…
  • Misi mencipta rekod kereta yang lebih laju daripada peluru
    26.10.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada…