Iceland buka muzium zakar terbesar dunia ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 20 November 2016

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia

Iceland buka muzium zakar terbesar dunia


REYKJAVIK, Iceland: Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia.

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu.

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium.

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus.

Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon.

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan.

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. - AFP



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ciri-ciri suami terbaik mengikut Ustaz Azhar Idrus
    22.05.2012 - 0 Comments
    jumpe benda ni time ronda2 kat fb.share sini.mai tengok.hehe 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2.…
  • FAKTA : AKIBAT SALAH PILIH SAIZ BRA, WANITA MENGALAMI SAKIT PUNGGUNG
    17.01.2012 - 0 Comments
    JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di…
  • Serius !! Ikan Lompat Masuk Dalam Mulut Ketika Menjerit
    15.05.2017 - 0 Comments
    Di New Delhi, seorang lelaki terpaksa bertarung nyawa selepas seekor ikan hidup tersangkut di dalam…
  • Terlepas hukuman walaupun mengaku salah merogol gadis bawah umur
    13.08.2012 - 2 Comments
    Noor Afizal Azizan PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat…
  • COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000
    16.03.2012 - 0 Comments
    Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan…