(Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’ ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

(Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyatnya dan juga beberapa negara lain.

Meskipun ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangannya, namun terdapat juga negara yang mengiktirafnya.

Antaranya Rusia apabila presiden negara itu sendiri iaitu Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangannya menerusi aplikasi Telegram.

Malah bukan itu sahaja, rangkaian makanan segera terkenal Burger King cawangan Rusia turut mengeluarkan menu baharu bersempena kemenangan Trump dinamakan sebagai Trump Burger.

Menurut wakil Burger King, menu baharunya itu adalah versi Angriest Whooper bersaiz besar yang merupakan burger paling laris dijual oleh rangkaian restoran itu.

Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’


Angriest Whooper adalah burger terpedas yang dimiliki Burger King yang disajikan dengan bawang bombai dan lada jalapeno bersama sos paling pedas di restoran itu.

Menu berkenaan merupakan edisi terbaharu Burger King untuk peminat-peminat makanan segera rangkaiannya.


Terdahulu sebuah kafe di Moscow iaitu Roll Race telah melancarkan menu dikenali ‘US Presidential Sandwiches’ yang menampilkan calon Parti Demokrat dan Republikan sebagai nama menu baharu mereka.






sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Hisap dadah atas kubur
    23.03.2012 - 0 Comments
    NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port…
  • Pergh!!  Lukisan Paling 'Simple' Ini Dijual Dengan Harga USD$44 Juta
    23.05.2013 - 0 Comments
    Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini betul-betul…
  • BERITA COOL UNTUK KAKI KERETA !!Apa Itu Turbochargers?
    17.02.2012 - 0 Comments
    Pernah terfikir bagaimana kereta berkuasa tinggi atau kereta lumba memiliki kelajuan yang…
  • GILA !! DIivorce Hotel, Hotel Untuk Pasangan Yang Bercerai !
    29.02.2012 - 0 Comments
    Dah bercerai, buat apa sewa hotel lagi??? kan??saje je dorang nak mengambil keuntungan…hotel ini di bina…
  • Senarai Gaji Pemimpin Dan Golongan Korporat Di Malaysia
    05.11.2014 - 0 Comments
    Inilah senarai jumlah gaji, kelebihan dan faedah yang mereka peroleh setiap bulan dan tahun bermula dari…