WOW !! Siapa Sangka Rekaan Beg Alas Kaki Berharga RM835 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

WOW !! Siapa Sangka Rekaan Beg Alas Kaki Berharga RM835



JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga koleksi musim bunga/panas 2017 dengan mempamerkan beg tangan bersaiz jumbo seperti beg toto.

Kali ini pula alas kaki yang mudah didapati di negara Asia itu dijadikan beg tangan sekali gus menjadi trend terkini di Amerika Syarikat (AS).

Beg jenis klac yang dijual melalui web dalam talian iaitu Nomad Tribe Shop mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.



Melihat kepada kain dan reka bentuk beg tersebut, sudah tentu anda akan dapat melihat ia seperti alas kaki yang ada pada setiap rumah rakyat negara ini.

Ia mudah didapati dengan harga kurang daripada RM2.50 tetapi berbeza dengan beg tersebut apabila dijual dengan harga AS$200 (RM835).

Beg yang semakin menjadi trend ini mula mendapat sambutan apabila diperagakan oleh seorang blogger dari AS dan menjadi viral di Thailand.



Seorang blogger dari New York, Kyrzayda Rodriguez memuat naik gambar tersebut dalam laman blognya dan netizen Asia tidak henti-henti mentertawakan beg tersebut.

Antara komen netizen, “Saya ada benda ini di rumah ibu. Saya selalu guna untuk lap kaki tetapi tidak tahu ia boleh dijadikan fesyen.”

“Ada banyak di rumah saya. Siapa mahu? Saya jual lebih murah dari AS, hanya AS$20 bukan AS$200.”





sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Uish Betul ke Zizan Nak jadi Pelumba Kereta Pulak ?
    08.06.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar…
  • WAJIB TAHU : JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta
    25.06.2012 - 0 Comments
    Mungkin ramai diantara kita termasuk saya sendiri,sering kali apabila masuk ke dalam kereta dengan segera…
  • GEMPAK!! NINJA TURTLE IN REAL LIFE!!
    31.01.2012 - 0 Comments
    COOL BUKAN ? Santai di malam hari sebelum tido,hehe
  • Anjing Menitis Air Mata Menahan Kesakitan Akibat Diracun Penjenayah Selepas Gagalkan Cubaan Merompak
    15.05.2017 - 0 Comments
    Anjing dan kucing merupakan antara haiwan yang paling rapat dengan manusia. Tetapi, dari segi kesetiaan,…
  • MASTER OF THE TROLLING,TROLL LEVEL 900
    14.03.2012 - 0 Comments
    hehe.jangan buat gini ek sumber-9GAG