Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982) ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 5 August 2012

Restoran McDonald's pertama di Malaysia (1982)

Restoran McDonald's pertama di Malaysia

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.

UPDATE** gambar mcd pertama di Malaysia boleh dilihat di>SINI<

Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.


Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Info tambahan:

*Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

*Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.

sumber

Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fakta Menarik Mengenai Kucing
    08.07.2012 - 0 Comments
    Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan…
  • Tiga Beradik Dari Sabah Ini Mempunyai Mata Yang Unik !
    28.05.2017 - 0 Comments
    Tiga beradik dari Sabah ini, Rusyduddin Ronaldo Lee, Refnaldi Ronaldio dan Shahirah Batrisyia punyai mata…
  • Ferrite Core Inilah Yang Selalu Menyebabkan Telefon Menerima Gangguan
    25.08.2016 - 0 Comments
    Pasti ada yang perasan benda bulat berwarna hitam di hujung kepala charger. Pernah tak diantara anda…
  • Rupa Laman Web Popular Apabila Pertama Kali Dilancarkan
    11.06.2013 - 0 Comments
    Pernah tak korang terfikir macamne agaknya rupa website2 yang terkenal pada awal pelancarannya?jom tengok…
  • CUBAAN BUNUH DIRI YANG FAIL DAN BANGGANG !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    haha..apa pon tak boleh.kena troll dengan brader moto 2 org tu...elok dah bagi nyawa nak bunuh…