AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style! ~ Bila Han Bercerita

Friday, 21 September 2012

AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style!

AKHIRNYA PSY Dedah Kisah Tarian Gangnam Style!


SEOUL – Penyanyi rap KoreaSelatan, Psy yang melonjak popular hanya kerana tarian kuda dalam muzik video Gangnam Style di YouTube mendedahkan kisah tentang tarian tersebut, lapor portal hiburan kpopstarz.com.

Menurutnya, tarian itu dihasilkan selepas parti untuk konsertnya diadakan di Daegu pada tahun lalu.

Dia yang berbadan gempa dan berusia 34 tahun memberitahu, selepas partinya, terdapat satu persembahan bakat dengan wang sebagai ganjaran untuk pemenang.

“Setiap orang menyukainya (tarian kuda itu) dan mereka merakamkan dan memberikan saya wang,” katanya.

Ketika ditanya berapa jumlah wang yang diberikan kepadanya, Psy berkata: “Jumlah wang itu? Anda mahu saya menyatakan di tempat awam?”

Dia kemudian ketawa selepas memberikan jawapan tersebut.

Populariti Psy melonjak di Amerika Syarikat selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.

Beberapa penyanyi terkenal seperti Katy Perry, Robbie Williams dan Britney Spears mengagumi tarian tersebut.

Pengacara hos bual bicara popular di AS, Jay Leno turut membuat tarian tersebut semasa dia mengendalikan program terbitan stesen NBC itu.

Lebih 88 juta orang telah menonton klip muzik video Psy itu.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR !! Nelayan kembalikan semula lebihan bantuan BR1M
    16.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR - Kebanyakan orang yang berada dalam kedudukan mereka akan mendiamkan diri apabila mendapat…
  • FOREVER ALONE LEVEL BERAPA NI ??
    10.03.2012 - 0 Comments
    trololol
  • COOL Penjara Mewah Di Georgia
    01.02.2012 - 0 Comments
     
  • AWESOME GILA : Lamborghini Gallardo Super Trofeo Stradale kini di Malaysia
    16.04.2012 - 0 Comments
    Hey guys,tadi aku blogwalking,banyak gak blog aku singgah.satu blog boleh la dekat setengah…
  • Nombor Telefon '18888888888' Dilelong Pada Harga RM75,77 Juta Di China
    18.04.2017 - 0 Comments
    Nombor '18888888888' memecah rekod sebagai nombor telefon paling mahal di dunia selepas berjaya dilelong…