Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 13 September 2012

Zizan Razak Pertimbangkan Tawaran Jadi Deejay Era FM


Zizan masih mempertimbangkan tawaran untuk bergelar deejay radio Era FM.


Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.

Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.

"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan.

"Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.

Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.

Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.

"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'.

"Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan memberitahu dia dan Johan akan tampil dengan idea dan persembahan segar untuk pementasan Lawak Ke Der 2 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 September sehingga 3 Oktober depan.

Zizan menjelaskan mereka terharu dengan sambutan penonton yang hadir pada musim pertama telah memberikan mereka semangat untuk memeriahkan edisi terbaru ini.

"Alhamdulilah nasib baik jadual saya dan Johan tidak terikat dengan apa-apa projek pada tarikh tersebut dan boleh kami menghiburkan peminat," katanya.

sumber mstar

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Harry Potter Land dibina di Florida
    24.04.2012 - 2 Comments
    Konsep taman teman Harry Potter The Wizarding World of Harry Potter bakal dibuka musim bunga ini. Taman…
  • How to Undo a Sent Email Message in Gmail
    15.01.2012 - 0 Comments
    Emails are widely used everywhere, every business deal is simply texted to other person and then…
  • Selera Pelik Pelari Jamaica - Usain Bolt
    13.08.2012 - 0 Comments
    PELARI Jamaica, Usain Bolt adalah tarikan utama dalam acara terhebat di dunia. Begitupun ketika anda…
  • Makan 35 baulu sehari
    15.01.2012 - 0 Comments
    BACHOK: Tiada yang pelik mengenai seorang kanak-kanak sindrom Down berusia 12 tahun yang gemar memakan…
  • [VIDEO]: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness
    01.05.2013 - 0 Comments
    INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai…