Nasib malang bekas jutawan LBJ ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 September 2012

Nasib malang bekas jutawan LBJ


Nasib malang bekas jutawan LBJ


SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu menuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

sumber

P/s :kerana duit habis semuanya.kalau dah ada anak terapkan didikan agama supaya dia akan lebih mementingkan agama.tanggungjawab.#notetomyself

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam…
  • TENGOK ASTRO PRIMA SECARA PERCUMA
    29.05.2012 - 0 Comments
    KORANG SEMUA BOLEH TENGOK >DISINI < **Terpaksa buat ditempat khusus.kalau buat entri..nanti…
  • WOW !! Aaron Aziz Menyanyi Buat Korang Cair
    26.02.2012 - 0 Comments
    korang nak denga suara Aaron Aziz menyanyi?asyik tengok dia berlakon,mesti nak tengok dia nyanyi kan.jom…
  • [Video] Bosan Dengan Pemanas Kereta Yang Selalu Rosak, Lelaki Ini Gantikan Dengan Dapur Rumah
    10.04.2017 - 0 Comments
    Seorang lelaki bernama Pascal Prokop yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland mempunyai banyak masalah…
  • Miliki Kebolehan Luar Biasa Selepas Kemalangan
    06.02.2012 - 0 Comments
    BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima…