Aplikasi Kim Kardashian: Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 November 2014

Aplikasi Kim Kardashian: Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan

Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan


Heboh di media sosial ketika ini adalah tentang kemunculan eksklusif selebriti realiti tv, Kim Kardashian di laman web PaperMag dot com.

Kami tidak mahu bercerita panjang lebar tentang foto-foto Kim itu tetapi lebih tertarik dengan aplikasi permainan video Kim Kardashian: Hollywood yang telah berjaya mengutip sejumlah USD43 juta hanya dalam tempoh 3 bulan ia dilancarkan pada Jun.

Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan

Kutipan itu menjadi rekod tertinggi bagi syarikat pembangunnya, Glu Mobile. Malah jika semua kutipan bagi aplikasi-aplikasi milik Glu Mobile digabungkan, ia belum dapat menyaingi kutipan yang telah dibuat melalui Kim Kardashian: Hollywood. Glu Mobile mensasarkan untuk mengutip sebanyak USD200 juta sehingga hujung tahun ini.

Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan

Glu Mobile kutip AS$43 juta dalam tempoh 3 bulan


Kim Kardashian: Hollywood adalah satu permainan fantasi bagi pemain yang ingin menerokai kehidupan seorang selebriti. Untuk mencapai tahap selebriti setaraf Kim Kardashian dengan lebih cepat, pemain perlu membuat pembelian ‘in- app purchase’ seperti rumah banglo virtual di Malibu dengan harga USD10.

Dalam satu temubual bersama Matt Lauer dalam rancangan Today Show pada bulan Ogos, Kim menekankan tentang fungsi kawalan ‘parental controls’ untuk mengawal pengguna di bawah umur daripada melakukan pembelian ‘in- app purchase’ tanpa kebenaran ibu bapa mereka. Kim yakin aplikasi permainan videonya adalah sangat menarik dan mampu mengundang ketagihan seperti Candy Crush. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bagi mengawal anak-anak mereka dan memastikan tidak ada kad kredit disambungkan pada aplikasi berkenaan.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • AWAS !! Sila Waspada Dengan Serangga Ini!
    14.04.2012 - 0 Comments
    Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini…
  • Tips Untuk Meningkatkan Jumlah Sperma
    16.06.2012 - 0 Comments
    Hello,jumpa info yang bagus ni masa blogwalking,korang semangat je baca.ngehehe.bukan main..jom tengok…
  • Negara Tak Akan Muflis Menjelang 2020
    09.02.2012 - 0 Comments
    BUTTERWORTH – Dakwaan pembangkang bahawa negara akan muflis menjelang tahun 2019 hanya mainan politik dan…
  • PANAS!![Video] Sebelum Pekerja KFC Pukul Customer
    10.02.2012 - 1 Comments
    okay,sebelum ni korang tengok video kena pukul,hari ni hann nak share video sebelum pergaduhan.enjoy…
  • 15 Fakta menarik tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    24.03.2012 - 0 Comments
    1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah…