GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 4 November 2014

GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali

Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali


Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah,

Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.

“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan.

“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Gymnasium Yang Dibuat Daripada Besi Buruk Di Ukraine
    27.07.2013 - 0 Comments
    Awesome kan? ianya hanya di Ukraine!! dari besi buruk je..free of charge..tinggal usaha je..sume machine…
  • Cara Mudah Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Tanpa Guna Bahan Kimia
    03.06.2017 - 0 Comments
    Bau peti sejuk yang tak enak bukan hanya mengganggu tetapi juga boleh merosakkan kualiti makanan. Berikut…
  • TIPS : Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun
    07.10.2012 - 0 Comments
    1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga,…
  • SIAPA DIBELAKANG HITLER ??
    26.01.2012 - 0 Comments
    Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah…
  • Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil
    14.05.2012 - 0 Comments
    Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi,…