Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 6 November 2014

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal


Subang: Penat menunggu hampir 30 jam ternyata berbaloi bagi enam pembeli pertama iPhone 6 yang ditawarkan Celcom Axiata Berhad (Celcom) apabila syarikat telekomunikasi terbabit membuat kejutan dengan menjual peranti terbabit pada harga hanya RM6 seunit.

Enam individu terbabit yang mempunyai latar belakang berbeza mula beratur seawal jam 6 petang pada 5 November 2014 meskipun kaunter jualan hanya dibuka jam 12.01 tengah malam pada 7 November 2014.

Pembeli pertama, Max Liew Zi Yi, 24, memaklumkan beliau sanggup beratur awal untuk mendapatkan iPhone 6 64GB warna perak yang diidamkannya sejak diumumkan Apple dua bulan lalu.

"Penat tapi ternyata berbaloi," katanya.

Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal

Sementara itu, pembeli kedua, Sofrizalee Hardwick, 34, sanggup terbang dari Sabah semata-mata untuk beratur mendapatkan gajet baru Apple itu.

"Saya tiba di Kuala Lumpur dua hari lalu kemudian terus berkampung untuk mendapatkan iPhone 6 yang ditunggu," katanya.

Selain Celcom, dua lagi syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd turut membuka kedai sehingga lewat malam di lokasi terpilih.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Black Mentor dilarang buat persembahan di Kelantan
    18.01.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil…
  • 6 Ciri–Ciri Perempuan Playgirl LELAKI WAJIB TAHU !!
    25.02.2012 - 0 Comments
    Korang pernah mendegar istilah “Playgirl” ? Jom kenali 6 ciri-ciri playgirl… 1. Menyembunyi Kisah…
  • Akibat Prank, Budak 11 Tahun Bunuh Diri
    09.04.2017 - 0 Comments
    TIDAK salah bergurau dengan orang sekeliling kerana gurauan dalam kehidupan boleh menceriakan hari-hari…
  • Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia
    19.02.2015 - 0 Comments
    Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua…
  • Panduan untuk menjadi Hipster
    08.10.2012 - 0 Comments
    Aik,nak jadi hipster pon ada tutorial?? haha.senang je.peralatan yang korang perlukan adalah.haa baca…