Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 November 2014

Pengasas Alibaba kurang senang dikenali sebagai lelaki paling kaya di China

Pengasas Alibaba kurang senang disebut paling kaya di China


Beijing: Pengasas Alibaba, Jack Ma berkata, dia tidak bahagia menjadi lelaki paling kaya di China.
Dalam satu wawancara dengan CNBC baru-baru ini, Ma berkata: “Forbes menyatakan saya lelaki paling kaya di China. Ia sungguh menyakitkan. Apabila kamu kaya, orang lain mengelilingi kamu hanya kerana wang.”


Menurutnya, orang ramai kini melayani dia sebagai selebriti, bukan lagi sebagai usahawan.

“Saya mahu menjadi ahli perniagaan yang dihormati,” katanya.

Ma berkata, dia tidak menjangka Alibaba akan berjaya seperti sekarang. Dia juga tidak sangka akan menjadi kaya raya menerusi syarikat yang diasaskannya.

Tidak lama selepas Alibaba mencatatkan rekod menerusi tawaran sahamnya pada September lalu, bilionair berusia 50 tahun itu, buat kali pertama termasuk dalam senarai Forbes selaku antara orang paling berpengaruh di dunia.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! 6 wanita kaki kelentong diburu,Sila berhati-hati !
    03.03.2012 - 0 Comments
    IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM)…
  • Realifed
    21.01.2012 - 0 Comments
    As i walked through the wavelength, There's so many of them, Disturbing and challenging, Referring on what…
  • GEMPAR !! Anonyupload, Laman Perkongsian Fail Daripada Pihak Anonymous
    24.01.2012 - 0 Comments
    Setelah kes penutupan laman perkongsian fail popular, Megaupload dan beberapa lagi laman perkongsian…
  • Lelaki Bergaji RM16,000 Sebulan Saman Majikan Kerana Kerjanya Membosankan
    09.05.2016 - 0 Comments
    Lelaki di Paris itu mendakwa tugasnya menyebabkan dia mengalami kebosanan dan menyumbang kepada masalah…
  • 10 Burger Termahal Di Dunia
    08.04.2017 - 0 Comments
    1. McGuire’s Grand Burger  Harga: $100 (RM 317) Tempat: McGuire’s Irish Pub, Pennsylvania,…