Berita Baik Buat Penguna Iphone :iXpand untuk tambah storan iPhone ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 16 November 2014

Berita Baik Buat Penguna Iphone :iXpand untuk tambah storan iPhone

Guna iXpand untuk tambah storan iPhone


Bagi pengguna iPhone, masalah biasa bagi mereka sudah pasti kapasiti storan yang tentulah tidak cukup! Lagi-lagi kalau pemakainya hanya membeli versi 16GB yang sangat mengecewakan jika mahu menyimpan pelbagai data seperti gambar, video dan banyak lagi.

Jika pengguna Android, kebanyakan pengeluar telefonnya menyediakan slot kad memori mikrosd. Jadi bagi pengguna Apple pula, apa pilihan yang ada?

Nasib baiklah SanDisk berkata menyelesaikan masalah pengikut i-Fan ini dengan dengan memperkenalkan pemacu iXpand Flash yang boleh disambung dengan dua pilihan, iaitu slot USV dan lightning. Ini bermakna hanya pengguna iPhone 5 ke atas saja boleh memanfaatkan penyimpan storan baru ini.

Ia berfungsi macam pemacu jenis Ultra Dual USB yang didapati untuk gajet Android yang menyokong USB OTG atau On the Go.

Apabila dipasang, korang semua kaki i-Fan boleh memindahkan foto dan video untuk mengosongan gajet iOS masing-masing. Menarik juga kerana anda boleh pula menonton filem beresolusi tinggi dalam iPhone atau iPad terus dari iXpand Flash itu sendiri.

Manakala untuk backup yang lancar, SanDisk mempunyai app iOS yang membenarkan pemindahan atau sync foto dan video secara automatik apabila ia dipasang.

Kapasiti pada iXpand Flash Drive ialah 16GB iXpand Flash Drive yang dijual pada harga US$59.99 atau kira-kira RM200) dan 32GB berharga US$79.99 (RM270). Kapasiti paling besar adalah 64GB yang dijual pada harga US$119.99 (RM400).

sumber


Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah
    15.02.2012 - 0 Comments
    SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret,…
  • PEMANDU WAJIB TAHU !! fog lamp boleh mengakibatkan kemalangan
    24.02.2012 - 0 Comments
    Awas-Menyalakan lampu kabut atau spotlight di waktu malam sering kali dilakukan pemandu kereta kerana…
  • Lelaki Tertua Dunia Dedah Rahsia Umur Panjang
    19.08.2016 - 0 Comments
    KOLKATA – Sami India yang mendakwa sudah mencecah usia 120 tahun berkata, yoga, menjauhi seks dan rempah…
  • COOL GILA !! Buat Rumah Dalam Lori
    25.02.2012 - 0 Comments
    Tak kira la rumah korang kecil atau besar, hodoh atau cantik, menarik ke tak, sepatutnya korang bersyukur…
  • Beg Tangan Termahal Di Dunia, RM1.23 Juta
    10.06.2016 - 0 Comments
    Beg tangan ini dilelong pada harga AS$300,168 (RM1.23 Juta) kini mencatat rekod bagi beg tangan paling…