Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 November 2014

Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari

Ezad Exist Direman Empat Hari


Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.

Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Lagu Rasmi Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?
    05.08.2012 - 0 Comments
    Hello semua,ok semua org tahu sekarang ni logo dan juga lagu kemerdekaan kita menjadi isu.sebelum tu aku…
  • Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook si pemburu
    02.05.2015 - 0 Comments
    Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa…
  • The Fast And The Furious Tokyo Drift Full Movie
    05.06.2012 - 1 Comments
    **SORRY GUYS,the video has been banned from youtube due to copyrights :/ okay,,cite ni penah famous…
  • Beto Kusyairy Pantang Pada Kesilapan Ejaan Namanya
    15.04.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Aktor berpotensi Beto Kusyairy berkata dia akan berasa geram dan pantang apabila melihat…
  • PELIK : Keranda Dilengkapi Sistem Karaoke Di Filipina
    05.11.2012 - 0 Comments
    MANILA – Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang…