Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 November 2014

Kes Dadah: Ezad Exist Direman Empat Hari

Ezad Exist Direman Empat Hari


Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim ditahan reman selama empat hari bermula Khamis kerana didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram.

Majistret Nurul Izzah Hassan Basri mengeluarkan perintah tersebut selepas Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 34, dihadapkan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang di sini pada pagi Khamis.

Reman itu dikeluarkan bagi membolehkan suspek membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Penyanyi itu tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 10.05 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah terdahulu ditahan di Ibu Pejabar Daerah Polis Gombak selepas ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.

sumber


Share:

2 comments:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi
    09.04.2017 - 0 Comments
    Permainan bola berapi bertujuan  untuk menguji ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh…
  • GHOULS
    21.01.2012 - 0 Comments
    he was making a signal towards the hell, though hell was not good enough for him' he saw a silhoutte of a…
  • Pasangan ini beratur seawal 2.30 pagi demi tudung ‎Fareeda !!
    12.12.2015 - 0 Comments
    SHAH ALAM - Pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan, peminat setia produk keluaran Fareeda sanggup…
  • Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan
    14.04.2017 - 0 Comments
    TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas membuang puntung rokok ke dalam lubang…
  • Sejarah Asal -Usul Tembok Besar China (The Great Wall)
    01.12.2012 - 0 Comments
    Tembok Besar China mula dibina pada abad ke-9 sebelum Masihi. Demi menghalang pencerobohan suku kaum di…