Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC ~ Bila Han Bercerita

Friday, 14 November 2014

Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC

Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC

Seharusnya dalam perkara ini Zahiril Adzim tidak harus dipersalahkan malah ia telah menjadi kewajipan untuk menunaikan solat sebelum berakhirnya waktu ,yang harus dipersalahkan orang yang mengambil dan menyebarkan sehingga menimbulkan fitnah terhadap beliau ,mungkin niat mengambil gambar untuk menunjukkan bahawa artis pun tetap solat tapi dalam dunia siber yang pemikirnya dan utarakan pendapat begitu ramai sehingga menjadi satu fitnah pada akhirnya.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,"
ujarnya

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,"
katanya.

Zahiril Adzim Beri Penjelasan Terpaksa Sembahyang Dipakir PWTC


sumber


Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?
    22.01.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak,…
  • Bocey juara MLM 2016
    30.04.2016 - 0 Comments
    JOHOR BAHRU: Kumpulan Bocey muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 pada saingan minggu terakhir di…
  • Cara-Cara Gunakan Suara Sendiri Untuk Waze. Jom Cuba!
    18.05.2017 - 0 Comments
    Aplikasi Waze menjadi rujukan utama buat pengguna tempatan mengetahui arah perjalanan menuju ke destinasi…
  • Info : Jenis Dan Fakta Ringkas Mengenai Diabetes
    16.04.2017 - 0 Comments
    Diabetes (Kencing Manis) ataupun selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes mellitus ialah suatu…
  • COOL !! PELAJAR BERUSIA 22 TAHUN MEMILIKI BANYAK KERETA MEWAH
    11.03.2012 - 0 Comments
    Dhiaa Al-Essa (22) ialah anak seorang ahli koporat Saudi yang bernilai 2.4 billion Dollar.Walaupun baru…