Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya ~ Bila Han Bercerita

Monday, 2 February 2015

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis


Desas-desus sebelum ini yang mengatakan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal dilantik semula sebagai Mufti Perlis, hari ini terjawab apabila beliau sendiri memuat naik gambar hari pertamanya mula bertugas di laman sosial Facebook miliknya, sebentar tadi.

Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza memuat naik postingnya mengesahkan khabar angin itu dengan mengatakan ia merupakan lantikan kedua.

 "Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua. Pohon doa semua rakyat Malaysia. Pembantu peribadi Mufti boleh dihubungi di talian 04-9794428 dan fax 04-9763844," tulisanya dalam catatan terbaru di laman Facebook.

Mohd Asri, 44, dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu.

Sebelum ini, Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.

Beliau memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003.

Beliau merupakan seorang penceramah yang sering diselubungi kontroversi antaranya termasuk ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Selain aktif dalam perdebatan isu semasa, beliau juga sering memberikan komentar sinis berkaitan isu politik dan agama di negara ini.

Mohd Asri juga telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • (Iktibar)Koleksi hadis buat bakal isteri
    07.08.2012 - 1 Comments
    Sumber sepenuhnya dimiliki oleh blog ahmadfaried,dan diambil tanpa pengubahsuaian.wallahualam mengenai…
  • Bila Waktu Subur Suami?
    16.04.2017 - 0 Comments
    Subur bagi kaum lelaki adalah pada kualiti spermanya mengikut keadaan serta waktu sekeliling. Sperma juga…
  • TIPS : Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun
    07.10.2012 - 0 Comments
    1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga,…
  • Air rebusan mee segera wajib dibuang!
    17.01.2012 - 0 Comments
    Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang…
  • GILA !! LELAKI KAHWIN SEKALI ENAM ISTERI !!
    07.03.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik…