New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 February 2015

New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi

New Balance mohon maaf isu penjualan kasut kulit babi


New Balance Malaysia hari ini mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman Facebook rasmi mengenai isu penjualan kasut kulit babi pada minggu lalu.

Sebuah butiknya yang beroperasi di Queensbay Mall, Pulau Pinang dikatakan tidak sensitif kepada pengunjung beragama Islam apabila meletakkan kasut kulit babi di ruang hadapan premis tanpa amaran yang jelas.

Seorang pengguna Facebook sebelum ini telah memuat naik status yang menyatakkan kekecewaannya terhadap situasi yang dialami sendiri itu.

Antara kandungan kenyataan maaf daripada New Balance Malaysia itu merangkumi beberapa tindakan serius akan diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang.

Bagi menghormati sensitiviti masyarakat beragama Islam, pengedar akan meletakkan papan tanda dengan tulisan bersaiz besar untuk produk yang menggunakan kulit babi. Papan tanda berkenaan akan diletakkan pada kedudukan yang mudah dilihat.

Selain itu langkah drastik lain yang akan diambil adalah membalut kasut yang menggunakan material kulit babi dengan plastik.

Pihak New Balance Malaysia turut menjelaskan kebanyakan kasut yang dibuat di Amerika Syarikat dan United Kingdom menggunakan bahan berasaskan kulit babi.

Namun, sebanyak 574 model termasuk kasut larian, sepatu sukan dan gim tidak menggunakan kulit haiwan dan boleh digunakan oleh pengguna Islam.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA : Lelaki Ini Terlupa Dimana Dia Parking Kereta Selama 2 Tahun
    26.10.2012 - 0 Comments
    Seorang lelaki di Berlin, Jerman bertemu kembali dengan keretanya setelah dua tahun lupa dimana dia…
  • COOL : Inilah cara membuat ubi kentang bakar yang menyelerakan
    02.04.2013 - 0 Comments
    kentang biasa dengan sedikit kreativiti akan jadi luar biasa.wohoo.korang boleh try kat umah..resepi…
  • Kejutan Malam Pertama Si Pengantin
    06.08.2012 - 0 Comments
    “Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”…
  • Cara – Cara Nak Troll?
    29.01.2012 - 0 Comments
    sesiapa yang nak troll kawan2,meh aku ada step2nya.sila la ikut step by step Hai,lama duk…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…